Pages

Saturday, June 4, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 10 - Tiada Penyingkiran

Malam ini gelanggang Maharaja Lawak diadakan di Stadium Pisa, Pulau Pinang. Peserta yang masih berentap adalah kumpulan Sepah, Jambu, Jozan, R2 dan peserta solo tunggal Nabil. Ramai yang mengatakan bahawa persembahan pada malam ini telah dikuasai oleh kumpulan Sepah. Manakala kumpulan Jambu juga tidak menghampakan pihak juri. Nabil juga dilihat memberikan persembahan yang agak kurang menghiburkan. Mungkin kerana tekanan bagi memastikan beliau kekal dan layak ke gelanggang akhir.


Selepas AC mengumumkan undian SMS ditutup, tiga nama telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah. Peserta yang diumumkan sebagai tiga terendah adalah Nabil, R2 dan Jozan. Walaubagaimanapun nasib telah menyebelahi mereka apabila diumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini.

Gelanggang seterusnya akan diadakan di Kuantan Pahang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...