Pages

Saturday, June 18, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 12 - R2 Tersingkir Lagi

Hanya tinggal satu langkah saja lagi untuk ke gelanggang akhir Maharaja Lawak. Setiap peserta yang masih bersaing berusaha memberikan persembahan yang terbaik bagi memastikan slot final nanti milik mereka. Persembahan pertama dimulakan dengan kumpulan Sepah, kemudian Nabil, R2, Jozan dan Jambu.

Setiap peserta diberikan dua tugasan pada minggu ini yang diadakan di Johor. Persembahan pertama bertema bebas dan persembahan kedua pula peserta dikehendaki membuat persembahan dengan pelawak jemputan mereka. Kumpulan jambu telah menjemput Yasin, Nabil pula telah menjemput Bob KU2. Kumpulan R2 telah mengundang Ali Mamak bagi memeriahkan persembahan mereka. Linda On yang muncul bersama Jozan tidak menghampakan, gandingan mereka berjaya mendapat sorakan gemuruh dari penonton. Akhir sekali Achong pula menjadi pihan Jambu untuk membuat persembahan bersama mereka.

Kini tibalah masa mengumumkan siapakah yang bakal terpilih ke gelanggang akhir Maharaja Lawak. Juri Ahmad Idham telah mengumumkan bahawa Sepah, Jozan, Nabil telah terpilih secara automatik kerana mendapat undian yang tinggi dari penonton. Manakala Jambu dan R2 pula telah tersingkir. Tetapi oleh disebabkan Juri masih mempunyai kuasa imuniti bagi mennyelamatkan seorang peserta, maka juri telah bersetuju memberikan imuniti tersebut kepada kumpulan Jambu.

Tahniah buat Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu kerana telah berjaya ke pentas akhir. Kita lihat nanti siapakah yang bakal dianugerahkan sebagai Maharaja Lawak Astro.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...