Pages

Saturday, June 18, 2011

Keputusan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa - Malaysia vs Myanmar

MALAYSIA vs MYANMAR
( 2 - 0 )

Kali ini buat pertama kalinya perlawanan persahabatan antarabangsa telah dijalankan di stadium negeri dan negeri Kelantan telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah pertemuan pasukan Malaysia menentang pasukan Myanmar.

Perlawanan yang berlansung pada jam 8.45 malam telah terganggu dengan keadaan padang yang sedikit basah dan licin akibat huan yang turun sebelum perlawanan bermula. Perlawanan yang berlansung dengan agak seimbang telah dipecahkan dengan gol pertama milik Malaysia yang dijaringkan oleh Amiru Hadi Zainal pada minit yang ke 27. Kemudian Malaysia dilihat terus manguasai perlawanan sehingga tamat separuh masa pertama.


Masuk separuh masa kedua, Malaysia terus memastikan penguasaan milik mereka. Badrul Bakhtiar telah berjaya menjaringkan gol kedua milik Malaysia dan hampir sahaja berjaya menjaringkan dua gol lagi selepas itu tetapi sepakkannya sedikit tersasar. Ini merupakan satu perkembangan yang baik buat Badrul yang agak tenggelam sebelum ini dan beliau juga telah dipilih sebagai pemain terbaik pada malam ini.

Tamat masa penuh 90 minit perlawanan, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan 2 gol tidak berbalas daripada Myanmar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...