Pages

Saturday, May 14, 2011

Sambung Kembali Berblog

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Baru-baru ni TP ada bagitau yang TP nak berehat sekejap dalam 2, 3 hari dari berblog ni. Kalau nak baca entri tu boleh klik kat sini. Kalau nak diikutkan, kelmarin lagi TP nak update blog ni, tetapi tak tau pulak TP yang Blogspot down. Frust jugaklah sebab nak log in pun tak boleh. TP hanya boleh log in dan publish entri tentang Maharaja Lawak sekitar jam 3.30 pagi tadi.


Baru-baru ni TP ada pergi ke Putra Jaya bagi menghadiri majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Anugerah ni adalah bagi tahun 2010, tetapi dah dekat setengah tahun 2011 baru dapat. Walaubagaimanapun TP bersyukur kerana diberikan penghargaan ini. Alhamdulillah juga kerana majlis tersebut telah berlansung dengan meriah. Penerima anugerah telah menerima sijil penghargaan dan sedikit wang saguhati.

Rasanya dari sini korang semua dah boleh agak TP bekerja dalam sektor apa. Faktor latar belakang pekerjaan TP jugalah yang membuatkan TP mengambil keputusan untuk merahsiakan identiti TP dalam dunia blog ni. Hanya beberapa orang blogger sahaja yang mengenali dan pernah melihat wajah TP. Antara blogger tersebut adalah Belalang (Suara Bawah Tanah) ,Pink Pearl Lady dan 1, 2 orang lagi. Ada juga blogger yang TP kenal sangat mereka dan mereka pun kenal sangat dengan TP ni, tetapi mereka tak pernah tahu yang TP ni ada blog.

Walaupun ada diantara mereka ni blogger feymes, TP tak pernah nak amek kesempatan untuk menggunakan mereka sebagai batu loncatan supaya blog Saya Salah Ka? cepat popular. Biarlah TP berusaha sendiri dan membentuk blog ini mengikut cita rasa TP, supaya kejayaan yang diperolehi akan lebih bermakna. Insyaallah...


4 comments:

ghost writer said... BALAS

tak tahu plak kalau kita rapat dengan blogger popular kita akan jadi popular sama...aduh,dah macam dunia selebriti plak aku rasa berblogging nih.

Tuan Penasihat said... BALAS

@ghost writer tak tau??
haaa kena amek tau tuuu..
hehehehe sebab sekarangn ni ada yg berblog sebab nak popular.

Mrs.Yie said... BALAS

biarlah ianya menjadi rahsia TP.. :) kita pun tak nak tanya2..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... BALAS

wahh nak gak popular ...huhu.

blogspot meroyan LM rasa geram tau!hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...