Pages

Saturday, May 21, 2011

Maharaja Minggu Ke 8 - Man Juara RL 5 Tersingkir


Panas terus panas. Diawal rancangan Maharaja Lawak kali ini AC telah mengumunkan bahawa Kumpulan R2 telah berjaya diundi masuk dengan undian lebih 51000.



Kejutan juga turut berlaku pada akhir rancangan apabila Nabil juga telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah bersama Kumpulan Balas dan Man. Manakala Man selaku Raja Lawak yang terbaru, telah diumumkan tersingkir dari persaingan Maharaja Lawak pada minggu ini. Man yang dilihat sedih setelah diumumkan terkeluar, telah menyatakan bahawa beliau dapat mengagak yang beliau adalah peserta yang bakal tersingkir. Walaubagaimanapun Man berharap semua peminatnya akan terus menyokong perjuangan beliau dalam bidang seni dan Man juga berterima kasih kepada semua penyokongnya.


Dengan tema bebas yang menjadi tajuk pada minggu ini semua peserta telah melakukan persembahan yang menghiburkan penonton. Persembahan Sepah dan Jozan dilihat sangat baik. begitu juga dengan kumpulan Jambu. Manakala kumpulan Balas pula seperti biasa denagn lawak double meaning mereka. Nabil Juga mendapat pujian dari juri dengan gaya stand up comedy nya. Man pula dilihat seperti tertekan dengan persembahannya.



Bagi persaingan minggu hadapan pula, Juri Ahmad Idham telah mencabar semua peserta untuk bergandingan dengan pelawak-pelawak jemputan. Denagan tersingkirnya Man, maka tinggallah Nabil sebagai peserta solo  tunggal. Mampukah Nabil bangkit semula pada minggu hadapan dan memberikan saingan pada semua peserta berkumpulan?. Kita saksikan segalanya dalam Maharaja Lawak minggu hadapan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...