Pages

Tuesday, May 10, 2011

Mentor 5 - Rahim Maarof Cabar Ramli MS

Hari Ahad haritu TP ada menonton rancangan Mentor separuh akhir kumpulan B, yang mana menyaksikan protoge Rahim Maarof, Aiman telah tersingkir dari persaingan. Mungkin ramai tidak tahu apa yang berlaku selepas rancangan live tersebut ditayangkan di kaca TV. Kalau korang semua nak tahu, Rahim Maarof telah mencabar pengkritik tetap rancangan Mentor iaitu Datok Ramli MS untuk menyertai Mentor musim depan sebagai seorang dari tenaga pengajar. Ini bermakna Ramli akan menjadi mentor kepada seorang protoge. Tetapi adakah Datok Ramli MS akan menerima cabaran Rahim tersebut??.. Itu TP tak boleh nak jawab.

Sebenarnya TP rasa teringin jugak tengok kalau Datok Ramli MS, Adlin Ahmad Ramli, Fauziah Ahmad Daud dan Hattan berentap didalam program seperti Mentor ini. Ini kerana kita selalu mendengar mereka memberikan kritikan terhadap peserta yang bertanding, jadi TP rasa semestinya protoge yang menjadi murid mereka itu merupakan seorang yang sangat bertuah untuk mendapat ilmu dari Sifu seperti mereka. Tapi TP tak mau mereka menjadi tenaga pengajar dalam program seperti Akedemi Fantasia, kerana ada ramai tenaga pengajar yang terlibat. Program Mentor pula lebih memerlukan kepakaran Sifunya dalam mendidik dan mengatur strategi.
Amacam? Ada brani ker??

Komen mengenai protoge Rahim Maarof yang tersingkir pula, TP merasakan Aiman telah tersalah konsep kot. Ini kerana ketika Aiman menyanyikan lagu penutup konsert separuh akhir kumpulan B, TP rasakan nyanyian Aiman sangat baik dan lagu yang diberikan memang kena dengan vokal Aiman. Apa-apapun TP harap Aiman dapat menemui konsep terbaik untuk diri Aiman dan semoga terus maju dalam dunia seni hiburan ini.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...