Pages

Monday, May 2, 2011

Fast And Furious 5 - Fast 5 ( Yahooo!! Tuan Penasihat dah TONTON!! )


Salam buat semua Kipas Susah Mati Fast & Furious (F&F).

Buat peminat tegar F&F, pastinya korang sedang tertunggu-tunggu tarikh tayangan F&F terbaru iaitu siri ke 5 yang diberi jodol Fast 5 pada 5 May ini kan. Alangkah bertuahnya Tuan Penasihat (TP) apabila telah berjaya menonton filim ini menerusi pratonton yang di tayangkan petang tadi di Big Cenima, Giant Kulim. Sebenarnya TP bekerja pada hari ini, walaupun harini adalah cuti umum Hari Pekerja (Apa boleh buat dah tugas). Sebaik sahaja TP tau di Giant Kulim ada menayangkan filem tersebut harini, terus TP bergegas kesana walaupun perjalanannya hampir sejam dan terpaksa meredah hujan lebat. Tetapi adakah semua tu berbaloi? Nak tau baca pendapat TP dibawah  ok.


Bermula sahaja filem ini TP lansung tak mengendahkan situasi disekeliling. Tumpuan hanya diberikan 100% pada skrin yang menayangkan filem tersebut hingga tamat. Dan kesimpulannya adalah......
WOWWW!!!!.....
Memang hebat cerita ni. Buat korang yang mengikuti semua siri F&F pasti akan sedikit kecewa apabila amat kurang aksi perlumbaan dan tiada ditunjukkan kereta-kereta modified extreme yang menjadi trade mark F&F sebelum ini.
Habistu apa yang bestnya?...
Yang bestnya adalah apabila semua hero dari F&F 1 hingga 4 di kumpulkan dalam Fast 5 ni. Malah dalam filem ini Dwayne Johnson @ The Rock sebagai Federal Agent bernama Hobbs turut menjadi antara watak penting.


Filem ini adalah merupakan sambungan F&F 4 dan berlaku sebelum F&F 3 ( Tokyo Drift ). Fast 5 telah dirakamkan di Rio De Janeiro, Brazil. Ianya bermula apabila Dominic Toretto @  Dom (Vin Diesel) dan kumpulan F&Fnya Vince, Brian O' Conner (Paul Walker) dan adik Dom iaitu Mia telah menerima tugas dari kumpulan gangster di Rio yang diketuai oleh Reyes untuk merompak sebuah kereta api yang membawa beberapa buah kereta. Daripada situlah bermulanya  persengketaan kedua-dua  kumpulan ini. Keadaan menjadi bertambah rumit buat kumpulan F&F apabila bukan sahaja kumpulan Reyes mancari mereka, malah mereka juga diburu oleh pasukan Hobbs.

Terpaksa memilih antara mati di tangan Reyes atau hidup dalam pelarian ataupun ditangkap oleh Hobbs, telah memaksa kumpulan F&F memilih jalan yang terbaik mahupun terpaksa menanggung risiko. Rasanya TP tak mahu menceritakan kesudahan filem ini pada korang. Eloklah korang tengok sendiri. Nanti hilang dia punya suspen.



Cuma TP nak pesan, jangan sesekali keluar dari panggung ketika sedang ditayangkan perlubaan Dom dan Brian di akhir filem tersebut. Ini kerana masih ada sedikit cerita disitu. Apa-apapun filem ini memang best. Jangan lepaskan peluang menonton filem ni nanti tau.






2 comments:

Mrs.Yie said... BALAS

filem ni memang my peberet dari filem pertama lagi..x puas tgok :)

Tuan Penasihat said... BALAS

@Mrs.Yie best filem ni. g la ajak suami p tengok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...