Pages

Friday, May 20, 2011

Blogger Telur DiBasuh Telah Meninggal Dunia

Rasanya TP dah agak lambat mewar-warkan berita ini. Sebenarnya TP seakan-akan hilang idea lansung ketika menulis entri ini. Mungkin kerana terkejut dan sedih apabila mengetahui seorang rakan blogger kita telah meninggal dunia. Blogger tersebut adalah saudara Hakim Kamal admin blog http://telordibasuh.blogspot.com.

TP baru mengetahui tentag perkara ini melalui entri yang dibuat oleh saudara Belalang, Suara Bawah Tanah. Lalu bagi mencari kebenarannya TP telah keblog Telurdibasuh dan telah terbaca komen memaklumkan arwah telah meninggal kerana mengidap penyakit asma.

TP sememangnya selalu keblog arwah dan TP juga mengetahui bahawa arwah juga sememangnya terkenal dalam dunia Blog ini. Pasti ramai yang merasai kehilangan beliau.

Buat keluarga arwah, TP ucapkan takziah. Sememangnya Allah lebih menyayangi beliau. Buat semua rakan taulan dan pengunjung blog beliau, sedekahkanlah af-fatihah buat arwah. Mohonkanlah semoga segala kesilapan beliau dimaafkan oleh yang maha kuasa dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.......

3 comments:

NuSaNa NoSa 91 said... BALAS

yup, everything is too sudden.. semoga arwah tenang di sana.. T_T

khairul said... BALAS

Al Fatihah...

zaly said... BALAS

masa kita pun pasti akan sampai.... al fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...