Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.
Harap semuanya sihat dan sejahtera hendaknya. Jenuh betul TP nak bukak internet hari ni, line da tapi tak boleh nak masuk. Oklah berbalik kepada tujuan entri ni dibuat. Rasanya rata-rata pangunjung blog Saya Salah Ka? ni dah tau yang TP tak sihat haritu. Sebenarnya sampai sekarang pun TP masih lagi belum pulih 100%, asyik batuk dan letih jer memanjang. kadang-kadang tu tiba-tiba jer sakit kepala yang amat sangat dan adakalanya tiba-tiba demam. Itu yang membuatkan TP menyepi sedikit dari dunia blog ni.
TP sebenarnya pun dah malas nak menceritakan tentang kesihatan TP ni. Ialah, takut nanti yang datang kat sini boring pulak kalau TP asyik dok buat entri yang TP ni tak sihat jer memanjang.
Sebenarnya TP nak berterima kasih pada blogger Belalang dari blog Suara Bawah Tanah sebab ada membuat entri bertajuk "Blogger Tuan Penasihat Tak Sihat" bagi memaklumkan keadaan TP haritu. TP sememangnya tak tahu yang Belalang ada buat entri tu. Jadi terima kasih sangat buat Belalang. Buat korang yang datang dan wish untuk kesihatan TP juga, TP nak ucapkan terima kasih.
Begitulah sebaik contoh yang dilakukan oleh Belalang. Dalam kita sebagai blogger mewar-warkan tentang hal-hal panas semasa, ada baik juga kita berkongsi tentang cerita kawan-kawan blogger kita. Kita dalam dunia blog nipun ibarat berjiran jugak. Jadi apa salahnya kalau susah senang kita semua dikongsikan bersama.
Terima kasih sekali lagi buat Belalang dan juga buat pengunjung semua.
1 comments:
tenet baru ok...hee
same2...TP blogger glemer, so kena la kasitau org2 lain yg kenal TP...heheh
Post a Comment