Pages

Monday, July 11, 2011

Isu iFrame Muncul Lagi???

Salam pada semua rakan blogger dan pembaca semua.

Maaflah sekiranya isu yang TP utarakan kali ini menyentuh kepada mana mana blogger. Entri ini sebenarnya tidak berkaitan lansung dengan blogger yang sedang membongkarkan penggunaan iFrame oleh seorang blogger agak naik sekarang ni.


Sebenarnya TP memang dah agak bahawa masih terdapat segelintir blogger yang menggunakan iFrame bagi mendapatkan trafik  mudah dan mandapatkan jalan pintas bagi menaikkan ranking alexa mereka. Tetapi pendapat ini TP hanya kongsikan dengan blogger Belalang (suara bawah tanah) kerana ia hanyalah teori TP sahaja. Ia berpunca dari rungutan sesetengah blogger yang boleh dikatakan menerima trafik yang tinggi setiap hari hasil dari permainan SEO dan juga blog walking. Tetapi ranking Alexa mereka amat susah untuk naik, malah begitu senang pula untuk merudum jatuh walaupun trafik harian maintain ribu-ribu. Bukankah ini sesuatu yang agak tidak munasabah.

Bayangkan kalau mengikut ranking Alexa, blog yang menerima trafik ribu-ribu boleh tewas dengan blog yang hanya maintain trafik ratus ratus jer. Kenapa jadi begitu? adakah Alexa yang silap? tidak adil? atau ada blogger yang menggunakan taktik kotor hanya untuk memastikan blog mereka berada diranking yang tinggi?

Jadi disini TP teringatkan tentang satu isu yang dah pernah meletup tak lama dulu. Isu iFrame. Mungkin bagi blogger baru, ada yang tidak mengetahui apa itu iFrame. Tak mengapa klik sini untuk mendapatkan sedikit gambaran. Tetapi setelah membaca pendedahan seorang blogger tentang penggunaan iFrame oleh seorang blogger lain ni, Tp merasakan bahawa apa yang selama ini menjadi syak memang telah benar terbukti berlaku dan ianya tidak mustahil diamalkan oleh beberapa blogger lagi. Sebab itulah TP berani menulis entri ini untuk dikongsikan bersama.

Oleh itu TP sangat berharap supaya mereka yang menggunakan iFrame ini tidak lagi mengamalkan cara ini dalam mendapatkan trafik. Biarlah entri TP ini diibaratkan sebagai satu nasihat kepada korang. TP juga tidak mahu mendedahkan atau menuduh sesiapa menggunakan cara ini. Kerana dari pengamatan TP isu ini akan kembali panas sedikit hari lagi. dan beberapa orang blogger lagi akan membuat pendedahan. Jadi sebelum kegiatan korang dihidu atau korang diserang, adalah lebih baik hentikan sahaja.

Pesanan iklas dari TP. Majulah blogger untuk negara.
Blog sihat, maklumat tepat.

5 comments:

rafina mimi abdullah said... BALAS

dulu blog saya memang ada banner iframe dari seorang blogger yg kini hilang entah kemana..tapi sekarang saya dah lama buang..malas nak guna lagi..loading blog pun jadi lambat..biarlah saya naik atas hasil usaha saya sendiri..rasanya itu lebih bagus..kan tp?hehe :)

Tuan Penasihat said... BALAS

@Mrs.Yie hehehe... TP tau tu. TP pun pernah gunakan jugak dulu masa tak berapa paham dan tengah belajar main blog. tapi takpe, kita belajar dari kesilapan. dan harap orang lain juga tidak mengulangi kesilapan yang cam kita buat dulu. tak gi tu Mrs. Yie.

Encik JI said... BALAS

iFrame tu ape ek? sy budak baru blajar.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Encik JI susah jugak TP kalau nak terangkan secara panjang leber. Pendek kata, iframe ni adalah sejenis kod yang dipasangkan ke blog lain bagi menumpang sama jumlah trafik yang masuk ke blog tersebut. macam curi trafik ler kiranya. takpa try klik link kat entri TP di atas tu.

Encik JI said... BALAS

oh cmtu. hebat . hehe. thank u TP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...