Pages

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Kelayakkan Bola Sepak Piala Dunia: Malaysia vs Singapura (First legs)

First Legs
MALAYSIA vs SINGAPURA
( 3 - 5 )
Stadium Jalan Besar, Singapore
23 julai 2011 @ 07.30 mlm

min 1' Safee Sali (saat ke 19)
(free kick) Quili min 6'
(free kick) Alexsander Durich min 22'
Mustafiq  Fahrudin min 43'
Shin  Jaii min 46'

min 69'   Amirul Hadi
min 70' Safee Sali
Alexsander Durich 81'
Syafiq Rahim (Malaysia) kad Merah min 50'
Ismail Yunos (singapore) kad Merah min 54'. Padan muka hang dok boh orang sangat!

Sedikit ulasan perlawanan

Walaupun ketinggalan dengan defisit 2 gol oleh Singapura. Keputusan 3 gol ditempat lawan ini juga harus diucapkan tahniah. Kita belum kalah, ini baru first legs game. Kami penyokong skuad Harimau iaitu juara Asia Tenggara mengalu-ngalukan kedatangan skuad Singa ke gelanggang perlawanan kami di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai dalam pertemuan timbal balik nanti.

Sebenarnya TP pada mulanya ingin mengkritik keputusan jurulatih Dato K. Raja Gopal dalam pemilihan beberapa pemain yang dilakukan oleh beliau. Tetapi setelah melakukan sedikit kajian tentang keputusan beliau itu, TP rasa ianya boleh diterima. Dan pasti kita mampu melihat strategi yang berbeza dan lebih baik di Bukit Jalil nanti.

Singapura tidaklah sehebat mana. Nampaknya mereka ada niat menggunakan taktik untuk mengasari pemain kita terutamanya Safee Sali dan nampaknya taktik itu berhasil dengan Ismail Yunos dilihat jelas diberikan tugasan itu. Tetapi mungkin strategi itu telah menjadi perangkap makan tuan apabila Ismail Yunos telah diberikan kad merah kerana mengasari pemain malaysia. Dengan ketiadaan pemain ini telah memberikan ruang selesa buat Malaysia melakukan serangan.

Tetapi sesuatu harus dibuat pada bahagian pertahanan Malaysia apabila dilihat sering melakukan kesilapan mudah dan memberikan ruang lantas peluang kepada Singapura. Pemilihan Sarbini sebagai penjaga gol juga harus dinilai rasanya.

Selepas berjaya mendahului perlawanan, kita dapat melihat jelas pemain kita seolah terlebih yakin dan memperkecilkan kemampuan Singapura. Mereka cuba bermain terlalu santai dan cuba bermain dengan  cantik sehinggalah Singapura berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya menambah jumlah gol mereka.

Ini ada sedikit peringatan buat skuad Malaysia, adakalanya bermain bola tidak harus selalunya cantik atau menarik. Apa yang penting adalah cara menguasai bola agar tidak hilang dan yang paling penting sekali adalah kemenangan.

Secara peribadinya TP rasakan Malaysia mampu menang pada perlawanan di sini nanti.
Hidup Harimau Malaya!!!!!!!!!

2 comments:

Nik said... BALAS

yes.ttp yakin dengan harimau malaya.kita pasti boleh.

cuma pertahanan malaysia kena kuat skit.harap2 turunkan amirul hadi awal2 lagi ngan safee sali.diorang bagus bila bergandingan.

Unknown said... BALAS

defenders terok !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...