Pages

Saturday, June 11, 2011

Berita Harian Online - DAP untung

NAJIB  bersalaman dengan  orang ramai di sekitar Pasaraya Giant, Taman Permata, semalam.
NAJIB bersalaman dengan orang ramai di sekitar Pasaraya Giant, Taman Permata, semalam.

Hala tuju PAS berjaya ditukar: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam, berkata keputusan pemilihan Muktamar PAS Ke-57 lalu, yang menang adalah DAP kerana berjaya menukar hala tuju parti itu daripada berjuang untuk menegakkan Islam kepada negara kebajikan.

Perdana Menteri berkata, PAS tidak konsisten dalam perjuangan yang sebelum ini untuk menubuhkan negara Islam, tetapi mendapat bantahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.



Sebaliknya, beliau berkata, PAS kini menukar nada ke arah menubuhkan negara berkebajikan yang sudah menjadi wadah perjuangan UMNO serta Barisan Nasional (BN) selama ini.


“Saya hairan (kerana) pada muktamar PAS (baru-baru ini), pemimpin baru, naik (tetapi) yang menang ialah DAP. Bukan pemimpin PAS yang menang, tetapi DAP yang menang kerana DAP berjaya menukar hala tuju PAS kepada yang lain.

“PAS sudah caca-marba, sudah tidak tahu hujung pangkal. Sekejap (mendakwa) UMNO jahil, UMNO memperjuangkan orang Melayu, UMNO parti jahiliah yang mesti ditolak, sebaliknya mesti membangun bersama Islam dan mendirikan negara Islam. DAP dan PKR pun kata tidak setuju.

“Hari ini apa sudah jadi... PAS sudah menukar slogannya menjadi negara berkebajikan. Wahai PAS, mana perjuangan untuk Islam? Jangan ambil wadah yang sudah diperjuangkan oleh UMNO dan BN selama ini,” katanya. 
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri sempena tinjauan mesranya ke AU5D Lembah Keramat, Hulu Klang, Parlimen Gombak dan Parlimen Setiawangsa dekat sini, semalam.

Di PUTRAJAYA sebelum itu, Najib menyindir PAS kerana cuba meraih manfaat politik dan sokongan orang ramai dengan mencuri modal memperjuangkan negara kebajikan yang sudah lama menjadi teras perjuangan dan sudah dilaksanakan kerajaan BN.

Beliau berkata, penubuhan skim seperti Risda, Felda serta Felcra membuktikan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan dalam kerajaan BN, tetapi ada pihak cuba meniru kejayaan itu semata-mata untuk kepentingan politik peribadi.

“Perjuangan menjurus kepada negara kebajikan, yang baru terfikir oleh Pas ini, sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN dan mereka sepatutnya tidak mengambil modal dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan. 

"Saya pelik dan ajaib, ada yang baru sekarang mencanangkan negara kebajikan... mungkin mereka baru terfikir,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara, di sini semalam.

Najib memperjelaskan mengenai negara kebajikan bagi mengulas ketetapan Pas dalam muktamar tahunannya baru-baru ini untuk memperjuangkan negara berkebajikan selepas sekian lama mendakwa mereka berjuang untuk menubuhkan negara Islam. 


Sumber Berita Harian Online.

1 comments:

MiZ Rayy said... BALAS

haih.. politik Malaysia... Apa pon tak buleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...