Pages

Monday, June 13, 2011

Final Akademi Fantasia 9 - Hazama Dinobatkan Juara Terakhir Rancangan AF

Tahniah Hazama!!
Anda juara baru AF musim yang ke 9 dan juga merupakan juara terakhir dan penutup bagi rancangan hiburan realiti paling popular AF!!

Sememangnya kemunculan Hazama dipentas AF mendapat beberapa reaksi berbeza dari segelintir penonton. Ada yang menganggap Hazama sepatutnya tidak menyertai AF kerana beliau sememangnya sudah mempunyai nama dalam arena seni dan sering muncul bersama kumpulan Met Uncle Husain dipentas pentas besar.


Namun dakwaan itu sememangnya sudah dijawab dengan peratusan dan jumlah undi yang diterima beliau. Peminat dan penonton telah membuktikan beliau diterima di AF9 ini dan mereka juga telah menyatakan sokongan kepada beliau kerana menobatkan Hazama sebagai juara AF yang ke 9 ini. Jadi tiada lagi keraguan tentang patut atau tidak Hazama diterima sebagai pelajar AF musim ini.

Semamangnya persembahan dari semua peserta harus dipuji. Mereka semua telah memberikan yang terbaik pada pentas final tadi. Tetapi ada terdapat sedikit kelemahan pada sistem bunyi yang dirasakan merencatkan sedikit persembahan mereka dan membuatkan mereka dilihat seolah-olah tidak bertenaga ketika menyampaikan lagu.

Barisan juri terdiri daripada Fauziah Ogy Ahmad Daud, Hattan dan juri jemputan Dato Ramli MS. Seperti biasa juga komen juri ini adakalanya agak keterlaluan dan adakalanya membunuh semangat pelajar. Contohnya seperti komen yang diterima oleh Azri pada persembahan kedua beliau.

Terdapat juga satu insiden yang agak keterlaluan dimana pengacara telah meberikan penyapu kepada pemain piano jemputan untuk Azri selepas Azri membuat persembahan dan meminta pemain piano itu menyambung semua tugas beliau sebagai tukang sapu.  Dirasakan tindakan begitu agak tidak sesuai dan kelihatan seperti menghina kerjaya mereka sebagai tukang sapu, walaupun mereka adalah pendatang asing.

Walaubagaimanapun keseluruhan perjalanan program akhir AF9 pada malam tadi adalah sangat memuaskan. Terutamanya persembahan penutup dari pengetua Amy dan kumpulan Search.

Berikut adalah keputusan penuh kesemua pelajar selapas pangumuman dilakukan.
Tempat pertama : Hazama
Tempat kedua : Lena
Tempat ketiga : Fina
Tempat ke empat : Azri.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga kejayaan Astro dalam menghasilkan Akademi Fantasia sebagai fenomena baru dunia hiburan realiti.

Dengan tamatnya AF9 ini. bermakna tiadak akan ada lagi AF selepas ini. Sudah pasti Astro sudah mempunyai perancangan bagi menggantikan rancangan AF pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan.

P/s - TP juga pernah menghadiri uji bakat AF2 dan pernah juga muka TP ni masuk Astro. huhuhuuu..

kenangan kenangan kenangan......

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said... BALAS

xsuka lena no. 2..nak fina no.2..huhuhu

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said... BALAS

xsuka lena no. 2..nak fina no.2..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...