Pages

Monday, June 20, 2011

Kelayakan Pra Olimpik - Malaysia vs Lubnan 19 jun 2011

MALAYSIA vs LUBNAN
( 0 - 0 )

Skuad Olimpik Malaysia telah berjaya mengikat skuad Olimpik Lubnan untuk seri tanpa jaringan dalam pertemua pertama mereka yang berlansung di Beirut pada jam 5.00 petang waktu tempatan ( 10.00 malam waktu Malaysia). Lubnan dikatakan sebelum ini sebagai pasukan pilihan dan mereka juga dikhabarkan bersyukur kerana diundi untuk bertemu Malaysia pada perlawanan ini kerana menganggap Malaysia bukanlah halangan besar buat mereka. Tetapi Malaysia telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga tidak mudah untuk ditundukkan dan menyangkal Lubnan bertuah bertemu mereka pada perlawanan pertama ini.


Walaupun perlawanan kedua nanti bakal berlansung dengan Malaysia sebagai tuan rumah, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi skuad kendalian Ong Kim Swee ini. Kelemahan ini dapat dilihat jelas dari segi kawalan bola dan menghantar bola kepada pemain lain. Ini kerana pemain Malaysia sering kehilangan bola dengan mudah kepada pemain lawan.

Adalah sangat tidak bermakna apabila sebuah pasukan berjaya melakukan begitu banyak serangan dan mengawal bola tetapi tidak dapat menghasilkan sebarang gol. Ini membuktikan bahawa terdapat kelamahan pada jentera serangan dan ini perlu diperbaiki dengan segera.

Diharap skuad olimpik Malaysia dapat memanafaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri disamping sokongan padu yang pasti dari penyokong setia mereka dangan memastikan gol kemenangan muncul milik Malaysia. Kepada penyokong semua, teruskanlah menyokong pasukan kita ini. Hidup Bola Sepak Malaysia!!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...