Pages

Thursday, June 23, 2011

Kelayakan Pra Olimpik - Malaysia vs Lubnan, 2nd Leg ( 23 jun 2011 )

Tahniah buat pasukan bola sapak Malaysia!

MALAYSIA vs LUBNAN
( 2 - 1 )
min 8  Mohd Irfan Fazail
min41 Wan Zack Haikal
Chadie Atie  min 63
( Tamat permainan )

Laporan ringkas separuh masa pertama
Malaysia berjaya mendahului perlawanan dengan 2 gol. Walaupun bermula agak kelam kelibut tetapi pemain Malaysia berjaya mengawal kembali perlawanan selepas jaringan gol pertama dilakukan.


Lubnan melalui pemainnya Mohd Haidar dilihat berjaya memberikan tentangan dan membuatkan pertahanan pasukan Malaysia menjadi kucar kacir. Pemain lubnan ini hampir berjaya menyamakan kedudukan 1 sama, tetapi tendangannya terkena palang gol.

Sebelum tiupan wisel rehat separuh masa pertama, Wan Zack Haikal berjaya memberikan kelabihan gol kedua Malaysia hasil lorongan cantik oleh Gary Steven pada minit yang ke 41.

Laporan ringkas separuh masa kedua
Kesilapan jurulatih Ong Kim Swee kerana tidak menukarkan Gary Steven diseparuh masa kedua telah mengundang padah apabila Gary telah menerima kad kuning kedua beliau dan seterusnya menerima kad merah dan diperintahkan untuk keluar padang pada minit ke 50.

Lubnan mengambil peluag kelebihan jumlah pemain untuk mengasak Malaysia. Sememangnya amat mendebarkan apabila boleh dikatakan Lubnan menguasai permainan dan hampir 90% permainan hanya berpusing dikawasan Malaysia sahaja. Lubnan berjaya merapatkan defisit gol dengan pemain mereka Chadi Atie berjaya menjaringkan gol pada minit ke 63.

Walaubagaimanapun pemain Malaysia berjaya mempertahankan kubu mereka dan bermain sebagai satu unit yang mantap. Tamat masa penuh perlawanan, Malaysia berjaya menewaskan Lubnan dengan jaringan 2 gol berbalas 0.

Tahniah buat pasukan Malaysia. Moga pelawana selepas ini juga akan berpihak kepada kita.

Yahooooooo!!!!!!


2 comments:

rafina mimi abdullah said... BALAS

yahuuuu...malaysia menang wehhh...!!! hikhik :)

cik_sna said... BALAS

bangga doe jadi rakyat malaysia.
go harimau malaya!

btw, salam ziarah.
mengintai-ngintai isi blog anda =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...