Pages

Saturday, June 11, 2011

Keputusan Final Piala FA 2011 - Kelantan vs Terengganu

KELANTAN vs TERENGGANU
( 1 - 2 )

Terengganu juara Piala FA 2011

Stadium Bukit Jalil bergema dengan sorakan dari kedua-dua penyokong pasukan yang berentap pada final Piala FA 2011. Terengganu bertemu Kelantan bagi menentukan pasukan pantai timur manakah yang lebih hebat. Diseparuh masa pertama perlawanan pasukan Terengganu dilihat lebih menguasi perlawanan. Walaubagaimanapun tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan oleh kedua dua pasukan.


Bermulanya tiupan wisel separuh masa kedua, Pasukan kelantan pula dilihat lebih hebat. Permainan terpaksa dihentikan seketika apabila terdapat balingan mercun daripada penyokong kearah penjaga gol terengganu. Walaupun perlawanan terpaksa dihentikan lebih kurang lima minit, permainan telah berlansung dengan lebih rancak. Kedua-dua pasukan terus bertukar-tukar serangan sehinggalah Kelantan berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Nurul yang telah melakukan larian dan jaringan yang cantik pada minit ke 80.

Ketika penyokong Kelantan meraikan kejayaan yang semakin hampir, tiba-tiba sahaja Terengganu berjaya menyamakan jaringan pada minit ke 97 masa kecederaan sebelum wisel penamat dibunyikan. Ini bermakna permainan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.

Akhirnya gol kemenangan yang dicari telah berjaya diperolehi oleh Terengganu melalui pemainnya Ahmad nordin Alias pada minit ke 109. Sememangnya sengit perlawanan ini, tetapi ternyata Terengganu yang merupakan bukan pasukan popular yang diramalkan untuk muncul juara telah berjaya membuktikan bahawa mereka lebih hebat daripada Kelantan pada perlawanan ini.

Tahniah buat barisan pemaindan pengurusan bola sepak Terengganu kerana telah berjaya memenangi piala FA pada tahun ini.

1 comments:

wawa meiko said... BALAS

Yeahhhh terengganuuuuuu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...