Pages

Thursday, June 30, 2011

Keputusan Perlawanan Kelayakkan Piala Dunia 2014 - Malaysia vs Taiwan ( 1st legs )

Malaysia vs Taiwan
( 2 - 1 )
min 28 Syafiq Rahim
min 54 Mohd Aidil Zafuan
Cheng Po Liang min 76

Sori TP tak dapat nak bagi ulasan panjang pasal game ni, sebab TP tak dapat tengok. Tengah atas highway masa game tu start. Geram betul. TP cuma sempat tengok 4 minit masa kecederaan jer.

Tapi sempat jugaklah TP tengok yang pemain kita kelihatan hampa ketika wisel penamat ditiup. Mungkin kerana meraka gusar dengan kemenangan tipis di gelanggang sendiri. TP tahu mungkin ramai peminat yang turut hampa dengan keputusan ini. Ini kerana kita bimbang apabila tiba giliran kita bertandang ke Taiwan pula nanti.

Tak mengapa, cuba kita berfikiran positif. Mari kita ambil contoh ketika perlawanan Piala AFF antara Malaysia dan Indonesia. Ketika pasukan kita diasak dengan segala provokasi yang melampau, akhirnya kita mampu muncul sebagai juara dalam perlawanan tersebut. Akhirnya kita makin dihormati oleh lawan kita sehingga ada beberapa pemain kita yang diangkat menjadi idola oleh mereka.

Oleh itu buat pemain kebangsaan semua, janganlah terlampau tertekan dengan keputusan perlawanan malam ini. Walau apapun yang berlaku anda tetap pemenang dalam perlawanan ini. Buktikan kita mampu menjadi kuasa bola sepak baru rantau ini.

Buat peminat skuad Harimau semua TP hanya ingin mengatakan satu sahaja. Ingatlah bahawa bola sepak itu kejam. Ini kerana hanya satu pasukan sahaja yang bakal menang. Oleh itu terima sahaja apa yang mungkin berlaku dan tetaplah memberikan sokongan kepada pasukan negara kita.
Hidup Malaysia! Hidup Malaysia!! Hidup Malaysia!!

2 comments:

qasehraihan said... BALAS

waaa....ni SEO ke TP..hehe

sy fobia dgn org SEO..haha

entry panas hati lagi..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/07/entry-sangat-sakit-hati-kau-memang.html

Tuan Penasihat said... BALAS

@qasehraihan
wooooo jangan takut. ini SEO baik punya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...