Pages

Saturday, June 11, 2011

Maharaja Lawak Minggu ke 11 - Yuuhhuu!! Tiada Yang Tersingkir!!

Meletup! Gamat! Menghiburkan!
Gamat! Best! Rancak derrr!!.......
Minggu ke 11 Maharaja Lawak berlansung di Kuantan Pahang. Setiap Peserta diberikan dua tugasan. Tugasan pertama atau segmen pertama, setiap peserta diberikan tema bebas. Sememangnya semua peserta yang masih berentap membuktikan bahawa mereka layak untuk terus bersaing pada gelanggang minggu ini.

Gelanggang telah dibuka oleh persembahan Kumpulan Jambu. Seperti biasa, memang mereka jambulah. Muka cute hati legend. Kemudian diikuti oleh kumpulan R2. Kali ini persembahan R2 juga memang tidak menghampakan. Selepas Itu trio yang sememangnya gempak dan banyak idea. Siapa lagi kalau bukan Sepah yang muncul sebagai peserta ke tiga membuat persembahan.


Kini giliran Nabil pula untuk menghangatkan pentas. Kalau minggu-minggu sebelum ini Nabil dilihat sedikit tenggelam, kali ini Nabil telah berjaya mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Persembaham pusingan pertama ditutup dengan persembahan kreatif dari Jozan. Boleh dikatakan persembahan terbaik untuk pusingan pertama boleh diberikan pada persembahan Jozan.

Untuk pusingan kedua atau segmen kedua, setiap peserta telah diberikan 2 jenis barang atau props. Persembahan pusingan kedua sememangnya menuntut peserta supaya lebih kreatif dan tahu menggunakan sepenuhnya barangan yang telah diberikan kepada mereka. Kali ini hanya kumpulan R2 yang dilihat agak tenggelam. mungkin kerana agak lambat tempo persembahanmereka.

Diakhir rancangan, R2, Nabil dan Jambu telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat tempat tiga terendah. Walaubagaimanapun sekali lagi nasib menyebelahi mereka apabila diumumkan oleh juri bahawa tiada peserta yang tersingkir pada minggu ini. Bagaimana pula dengan minggu hadapan? adakah kesemua mereka akan layak ke gelanggang akhir? atau akan ada yang tersungkur setelah terlalu hampir berpeluang merebut gelaran Maharaja Lawak.

2 comments:

rafina mimi abdullah said... BALAS

tunggu minggu depan la pulak ye tp :)

Belalang hijau Perisik said... BALAS

astro saja nak collect duit sms peminat jer...hampeh betoi...

tp minggu depan sure ada penyingkiran. betoi, x tipu punya...

ngee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...