Pages

Wednesday, December 29, 2010

Debaran Final Ke 2 Piala AFF : Malaysia Vs Indonesia

Dup dap dup dap dup dap......
Berdebar-debar itulah yang dirasakan.
Kurang 1 jam lagi tiupan wisel bagi sepak mula pertembungan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang Indonesia. Tuan Penasihat(TP) pasti ramai penyokong Malaysia termasuk TP yang akan berkumpul dihadapan tv bagi menyaksikan perlawanan ini. Bermacam-macam persoalan yang bermain difikiran kita. Apakah sang harimau mampu untuk menggigit lagi atau garuda pula yang mampu terbang tinggi, setinggi ego pasukan dan penyokongnya.

Kita mengharapkan bekalan 3 gol yang telah dibungkus di stadium Bukit Jalil tempoh hari tidak mampu di rampas oleh pihak lawan.
Namun bagi pendapat peribadi TP, sekiranya keadaan di stadium Gelora Bungkarno tidak dapat dikawal geloranya. Biarlah keselamatan pasukan dan penyokong kita menjadi keutamaan dahulu. Bagi kita yang waras dan dikurniakan akal yang panjang oleh Allah ini, sudah pasti kita mampu berfikir lebih baik dari jiran kita dalam menghadapi saat-saat genting.
Bukan menyerah kalah yang TP maksudkan, tetapi biarlah kita bersikap tenang dan profesiaonal. Kepada seluruh pasukan Malaysia, mudah-mudahan visi pasukan menghadiahkan kemenangan kepada penyokong dan mencipta sejarah baru untuk negara tercapai. semoga allah melindungi anda hendaknya.
Amin.......

2 comments:

Unknown said... BALAS

emakin kencang pulak jantung nie...

Tuan Penasihat said... BALAS

@Ewan xplorasi
huhuhuhu kita dah menang pun!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...