Hari ni Tuan Penasihat (TP) rasa seronok sangat. Apa taknya dapat menghabiskan masa cuti bersama keluarga tersayang (dan dapat menghabiskan duit jugak). Aktiviti kita orang harini adalah ke Pesta Pulau Pinang. Kami bertolak agak awal la jugak. Nasib TP agak baik kerana jalan taklah jem sangat dan dapat pulak parking dengan pintu masuk. Taklah macam tahun tahun yang lepas lepas, dah la jem nak mampus dari jambatan lagi, parking pulak mak oii punyalah jauh. Kalini ok ja steady jer. Masuk jer dalam tu tengok kedaan pun boleh dikatakan agak meriah jugak. Pertambahan gerai jualan memang banyak. tak tau nak gi yang mana dulu. Letih jugak ler dok nunggu wife. Aper taknyer, semua gerai dan kedai dia nak masuk kalau boleh. Pastu dok belek satu satu. Yang anak pulak asyik dok keriau "nak menan nak menan", nak mainan maksudnya tu. Yang bapak dia pulak nak apa? Haaaaa bapak dia ada tujuan sebenarnya, nak tengok konsert kumpulan HUJAN!!..
TP bukan apa, sebenarnya suka tengok band rock buak persembahan live.. power siot..
Tapi sementara tunggu konsert start, sempat jugaklah TP bawak wife dan anak pergi tempat permainan. Sempat jugak kami naik benda apatah namanya yang pusing pusing macam Eye On Malaysia tu. Pastu naik pulak benda pusing pusing yang macam sotong dengan anak. Itu je la yang dapat naik tu, maklumlah tiket mahal betul nak naik benda benda tu. Ok dah habis enjoy kat tapak permainan kami pun pergilah kat dewan terbuka tempat konsert Hujan diadakan. Masa dalam perjalanan ke dewan tu cuaca punyalah elok. elok jer TP bukak mulut kat wife kata cuaca elok, dengan tak semena mena hujan lebat terus turun. Apa lagi berlarilah semua pengunjung cari tampat berbumbung termasuklah TP dan wife. Tapi TP teruskan jugak ketempat konsert HUJAN walaupun hujan lebat turun. Cuma wife nak gi jalan ke lain dengan anak.
Kira ada 2 hujanlah malam tu kat penang. Satu hujan kat atas, satu lagi hujan kat bawah.
Apa nak kata memang bestlah performence band HUJAN ni!!!. Kira dah dua tahun berturut turut dapat tengok performence HUJAN kat pesta Penang. Cuma yang tak bestnya bila kalini ada segelintir penonton yang tahhapahapaentah dok buat "siru" dok menari terajang terajang sana sini. Sampai makcik bawak anak pun depa belasah ikut dan ja. Tapi yang lain ok puas ati. Memang Rock Star lah depani. Tahun depan datang lagi k.
Ok, habis tengok HUJAN kami pusing lagi sampai pesta tutup. Pergh penat, tapi yang penting wife dan anak anak enjoy.
Haaaa begitulah alkisahnya aktiviti harini. Ingat nak karang sikit ja entri harini. Tak sangka panjang jugak noo. Takpa nanti kita update update lagi k. Chow cin cau.....
7 comments:
xpernah lagi gi pesta pulau pinang
P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?
hans kena try cuba test gak p skali. best gak la. kalau tak suka bli blah pun bole tengok anak mami kot. hohohoho. hans pun dah mcm anak mami pa.
waa bez nya..nie kalu dapat men ayaq ujan lagi sedap nie..=)
EDY, memang best klu blo main ayaq ujan. tp kot satg mc seminggu la kot pasai demam.
hujan!! argkh!! raingers!!
hehe... header anda.. menarik gila!
hahaha suka.. follow anda!
tq magrib!
apsal Magrib ni raingers ker?
steadylah.
Salam TP , klu tau leh kita jpk kat sana kan..
len kali mai penang cal saya 0195712256 .
Post a Comment