Pages

Wednesday, April 6, 2011

Entri Pagi Buta

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Apa khabar semua pengunjung blog SSK ni?. Harap semuanya sihat-sihatlah hendaknya yer.
Entahlah TP tak tau nak tulis apa sebenarnya ni. Sebenarnya dah banyak hari TP tak update blog secara serius. Susah nak cakap, TP sibuk sangat sekarang ni. Dah letih sangat dah rasanya. Kalau kawan-kawan semua nak tau, entri ni TP buat kat opis ni. TP masuk kerja dari pukul 7 pagi tadi sampai la esok pukul 7 pagi pulak baru TP balik. 24 jam kat opis... shiiiiii... jangan bising-bising nanti bos TP tau nanya TP kena pambu dengan dia.


Kalau haritu TP tak sihat, tapi sejak beberapa hari ni wife ngan anak TP pulak yang asyik tak sihat. Jadi masa off TP terpaksa dihabiskan menjaga meraka. Maklumlah suami mithali lah katakan. Jadi masa nak buat BW pun tak der. Bukak blog pun hanya untuk publish entri-entri yang simple-simple jer. Bukan apa, TP takut kalau ada yang terasa dan merajuk bila komen atau jejak mereka TP tak dapat nak balas. Tapi rasa-rasanya semua kawan-kawan blog TP dapat paham dengan keadaan TP ni.

Entah berapa banyak isu semasa yang TP terlepas nak masukkan dalam blog ni. Tambah-tambah lagi dengan isu yang sedang hangat dibincangkan sekarang ni. Bukan tak ada idea, tapi tak ada mood dan feel nak mengarang. Nanti kalau dipaksa nampak sangat hasilnya seperti tak iklas dan tak berperasaan. Mujur jugaklah trafik TP sekarang ni tidak hanya bergantung dengan BW semata-mata macam dulu. TQ pada mentor TP, sapa lagi kalau bukan Belalang yang dah ada kerajaan bawah tanah tu. Paham la jugak TP sikit-sikit cara nak main SEO.

Sekarang baru TP paham kepentingan mengupdate blog selalu dan sebagai blogger, kita harus tahu serba sedikit tentang cara bermain SEO. Sekurang-kurangnya trafik masih mengalir masuk dari enjin pencari bila kita tak sempat nak bermain blog. Tak apalah, nanti TP kongsikan cara bodo-bodo TP bermain SEO macam mana k.

Oklah... Sebelum bos TP tau TP dok main blog jer, baik TP blah dulu. Nanti ada masa TP update lagi blog ni k.  Salam.....

2 comments:

Unknown said... BALAS

tp style meyh. hehhhe

Tuan Penasihat said... BALAS

@nub
TP memang style. hehehehehehehe.
nub pun style jugak. hohohohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...