Pages

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 2 - Masih Tiada Penyingkiran

Gelanggang Maharaja Lawak telah masuk minggu ke 2. Perebutan tentang siapa yang layak mendapat gelaran Maharaja masih terlalu awal untuk diadili. Mungkin kerana itu buat minggu kedua ini telah diputuskan, Tiada penyingkiran untuk semua peserta.


Walaupun rata-rata peserta telah membuat persembahan yang menghiburkan, tetapi masih terdapat beberapa peserta yang masih belum dapat mencari rentak dalam menghasilkan persembahan yang dapat menarik perhatian penonton dan juri. Walaubagaimanapun diharap peluang tidak disingkirkan pada minggu ini dapat digunakan sepenuhnya oleh semua peserta untuk meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.

Minggu ini adalah merupakan minggu terakhir rancangan Maharaja Lawak ini bersiaran serentak di siaran 105 dan 131 di astro. Ini kerana bermulanya persaingan minggu hadapan, ia hanya akan ditayangkan melalui siaran 131. Jadi buat yang belum melanggan tu, cepat-cepatlah melanggan bagi anda boleh terus menonton dan menyaksikan hingga ke gelanggang akhir Maharaja Lawak bagi mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Maharaja Lawak nanti.

3 comments:

rafina mimi abdullah said... BALAS

sepatutnya kumpulan wai yg keluar mlm tadi..tah ape2 punya lawak tah..x masuk akal langsung..huh..nyampah i..

KELI OH KELI said... BALAS

kumpulan jambu ttp dihati ku!!yeah...yus terbaik!

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

kumpulan jambu mmg terbaek..tetapi minggu ke tiga nnti,dia akn umumkan penyingkiran di awal rancangan..macam tak best je..huu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...