Pages

Monday, April 25, 2011

Rakan Blogger

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.



“Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.


________________________________________________________________

Sekarang ni semakin ramai yang bercakap dan memberi perhatian kepada blogger. Petikan berita ini diambil daripada Berita Harian Online, 25 April 2011. Sila klik sini untuk membaca berita selanjutnya.




.

2 comments:

Unknown said... BALAS

maka terimalah pandangan saya yang tv3 membuat liputan sukan dengan sangat berat sebelah...kesian team kedah..adeyhh.....

Tuan Penasihat said... BALAS

@nub
aik sudah tukar gambar ka?
TV3 xdak penimbang kot. sebabtu depa xtau berat sebelah ka x.
har har har.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...