Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Pertama sekali Tuan Penasihat nak mintak maaf banyak-banyak pada semua. Bukan niat nak menimbulkan semula isu tentang penipuan BW menerusi kotak jerit ni. Tetapi itulah, dalam 2 3 hari ni TP agak kurang melakukan BW, jadi tentulah agak kurang juga mereka yang menjengah dan meninggalkan jejak di blog SSK ni. Begitulah juga jejak yang ditinggalkan di shoutbox TP yang mana agak kurang bilangannya. Setelah mendapat tips-tips tentang penipuan BW dan cara untuk mengesannya dengan menggunakan beberapa cara, jadi TP pun melakukanlah experimen pada hampir semua yang meninggalkan jejak di shoutbox TP. Nak tahu hasilnya?
Memang tak dinafikan bilangan mereka yang meninggalkan jejak tanpa singgah di blok SSK memang berkurangan dan ada juga yang telah kembali melakukan BW secara jujur. Terima kasih yang teramat sangat kepada mereka yang berani mengaku kesalahan dan kembali kepada cara yang sepatutnya.
Namun begitu masih terdapat lagi yang mengunakan ABW dapat dikesan oleh TP. Jadi TP terfikir sejenak, adakah mereka ini langsung tidak mengetahui akan isu yang bertiup kencang beberapa hari yang lalu atau mereka sengaja meneruskan penggunaan ABW tersebut kerana menyangka tidak akan ada siapa yang berani atau dapat mengapakan mereka, pedulikan apa orang nak kata yang penting hanyalah keuntungan.
Jadi bagaimana pula dengan korang semua? Adakah korang rasa biarkanlah saja perkara ini. Kalau mereka datang tak perlulah kita balas jejak mereka. Takpun buang saja shoutbox tu, tak payah pakai....
Tapi bagi TP itu bukanlah penyelesaiannya. TP rasa agak kurang meriah blog yang TP singgah kalau tak ada tempat nak menjerit ni. Cuba anda bayangkan kalau kita singgah satu blog tu dan entrinya jiwang karat atau takder point kita nak komen atau blog tu jenis lambat sikit updatenya macam blog TP ni. Takkan kita nak tinggalkan jejak di ruangan komen banyak kali sampai komenpun dah tak kena tajuk. Kalau selalu update macam Ben Ashaari takpala. Jadi pilihan terbaik adalah meninggalkan jejak di box box sembang nilah.
Jadi TP rasalah, kalau nak dibasmi terus ABW ni memang satu yang mustahil. Jadi apa kata kita sebagai blogger yang meninggalkan jejak di box box ni menyebut nama empunya blog setiap kali menulis masej di box ni. Contoh macam salam Tuan Penasihat atau lawatan ke blog SSK atau membalas jejak Tuan Penasihat. Jadi kan lebih senang kita nak membezakan yang mana mesin dan yang mana pengunjung tulin. Lepastu kalau nak tinggalkan link ker ape ker ikut sukalah. Lagipun tak perlulah kita nak tapis satu satu check IP setiap pengunjung tu. Kita memudahkan sesama kita.
Bagi yang masih nak mengunakan ABW ni terutamanya shop blog. Rasanya tak salah kalau korang menggunakan perkataan Iklan dalam masej anda. Contoh macam Tuan Penasihat: Iklan rawatan mental percuma ker ape ker. Sebab tujuan korang memang nak buat iklan kan. Jangan la pakai nama awek ker artis ke, bila orang bukak pegi blog perniagaan, gerenti kena maki dan menambahkan dosa orang yang balas jejak korang pulak. Jadi bila diletakkan perkataan Iklan tu, orang dah tahu dan terpulang pada yang mendapat masej tu sama ada nak klik atau tidak.
Jadi apa pula pendapat korang semua?. Kalau setuju kita mulakan sekarang dan tolong sebarkan cara ini pada semua kawan kawan blogger kita. mudah mudahan kita dapat menggunakan teknologi yang sedia ada kearah sihat dan bermanafaat.
33 comments:
menyebut nama empunya blog? mmg itu yg belalang lakukan skrg sbb belalang sendiri mmg dah x percaya sgt pd komen yg ada d shoutmix belalang. klu korang perasan, belalang sendiri pun dh kureng membalas jejak d shoutmix. hnya yg betul2 kenal jer belalang balas...tggu la smpi mood BW belalang dtg balik...hahaha
gud idea.. :)
@Belalang Hijau
betul tu belalang. tak payaj nak check IP lagi kan. habistu belalang kenaltak TP.
@JZ Business World
tq jz, kalau gitu war warkan lah.
keji betol manusia yang tak jujur blogwalking nih. nasib baik aku takde nuff dan tak kuasa klik nuff orang. ehh ade kaitan ke dgn nuff? uhuk.
@Seimura
memang ada kaitan dengan nuff. tapi ada jugak blog perniagaan yang menjual barangan sendiri buat camtu. tapi ada jugak segolongan yang buat sebab suka tengok trafik tinggi masuk ke blog dan nak dijadikan modal menunjuk kepada orang lain.
Aslmkum TP... bagus gak idea utk letakkan nama owner blog di shout mix..... saya nak buat lah..
OK..... Saya dah buat dah...Pas ni kita tengok plak cammana..
@zaly
Pergh!! semangat abang kita ni.
terima kasih kerana menerima idea TP. Siap buat entri ringkas lagi. harap dapat mengurangkan peratus dari di tipu bulat bulat.
Gud idea, bro...
pandangan yg relevan oleh TP.
betul-betul.....
macam tue boleh atasi masalah auto blogworking nie....
akan di cuba,,,,
saya mohon copy n linkkan blog tuan penasihat.. bleh ker?
sng je , dia tinggal jejak xya mlawat blog dia...mcm tu ah
@JR Shoppe Tq. mungkin ramai yang pernah gunakan cara ni sekali sekala tapi x sedar akan kebaikannya.
@KELI OH KELI
terima kasih keli yang pandai main brodbeng.
@Pink Pearl Lady
boleh percuma jer. cubalah.
@kayyana boleh. kebenaran diberi. tapi link balik blog ni k.
terimakasih banyak2.
@Kodet
memang betul, tapi setelah kita dapat mengenalpasti mereka2 nilah. tapi cadangan tu hanyalah untuk memudahkan sesama kita ja. lagipun kan lebih manis dan sopan kalau kita bertandang ke tempat orang dan kita menegur dangan memanggil nama empunya blog.
tq kodet.
idea yg bgos !! :D
skrg nih mmg tgh jdi isu hangat nih :)
thanx sbb bg pndapat :D
sy folow :)
sop mmg BW secara manual.. bukan sahaja utk cari traffic tp juga utrk baca entry rakan2.
@luvYOU
thanx jugak sebab bagi komen n follow.
@sop
tq sop. sop memang terkenal sebagai blogger yang banyak ilmu dan jujur.
kekalkan jatidiri sebegitu.
idea yang menarik juga tu
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
gud idea..
hmmm perasan tak memang mia letak nama tuan blog atau cakap skit pasal entri... :) kalau auto bw memang xleh tulis.. ayat am sahaja.. :)
@hans
menarik kalu, kasi try lah satu kali.
hans sekarang main kempen macam nak pilihan raya tuuuuu...
@~♥ Mawar ♥~
Terima kasih. :)
setuju bro !
Yes mak setuju. Yangmana dtg kat kotak jerit mak tanpa sebut nama 'mak' mmg mak abaikan KECUALI kwn2 yg mak dah kenal cara bw mereka.
Menjak last year mak utarakan issue ni lg mak dah amik pendekatan begitu.
@Mia Liana
bijak bijak. itulah kebaikannya yang TP cuba sampaikan.
terima kasih ML.
@d.A.o.U.z
terima kasih daouz. :)
@Lagenda
Tq mak.
memang TP tahu mak pernah utarakan tentang isu ABW ni dulu. perkara ni mungkin hanya reda sahaja. jadi kalau ia timbul lagi, kita dah tahu macam mana nak buat.
terima kasih.
Post a Comment