Pages

Tuesday, February 15, 2011

Awan Nano

Ini bukanlah lagu semata-mata.
Bacalah entri TP di bawah tu skali yer.
TQ


Lirik lagu : Awan Nano
Penyanyi : Hafiz ( AF 7 )
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Mesti korang dah pernah pernah tengok video klip nikan? Kalau tak pernah tengok rasanya pernah dengar lagu kot. Tapi kalau korang pernah tengok video klip dan dengar lagu ni mesti korang akan rasa kesannya pada jiwa korang. Tapi taktahulah kalau jiwa korang ni jenis jiwa keras, jiwa yang susah nak tembus dengan perkara-perkara kasih sayang nih. Kadang-kadang sangat susah untuk kita menunjukkan rasa sayang kita pada orang yang sepatutnya kita tunjukkan rasa sayang tu. Padahal orang tu memang layak memiliki kasih sayang daripada kita.

Semuanya bermula ketika sekujur tubuh kecil dilahirkan kedunia ini. Dilahirkan oleh seorang ibu dan di azankan oleh si bapa. Si ibu dan bapa ini akan menatang si anak yang baru dilahirkan dengan penuh kasih sayang. Tak akan dibiarkan satu apapun membahayakan atau menyakiti anaknya itu. Akan di penuhi hari si anak dengan hari yang paling mengembirakan. Bagi si ibu dan ayah saat itu adalah merupakan saat yang paling membahagiakan mereka.

Ketika anak melangkah ke alam persekolahan, sekolah rendah.
Cuba anda perhatikan ketika ibu bapa menghantar anak kecil mereka kesekolah rendah. Di sediakan bekal makanan, di hantar anak itu sehingga ke depan pintu sekolah. Si anak akan salam, cium tangan dan adakalanya mencium pipi si ayah atau ibu yang menghantar mereka. Mungkin perkara ini bukan selalu terjadi, tetapi ia pernah terjadikan?

Kemudian ketika si anak tersebut bersekolah menengah. Mungkin Ibu bapa tidak lagi menghantar si anak tersebut kesekolah. Kalau boleh si anak memang nak kesekolah sendiri bersama teman-teman, kerana ketika itu si anak merasakan mahu kebebasan dan telah pandai menjaga diri mereka. Dah sekolah menengahlah katakan, dah alam remaja.

Lepas sekolah menengah? Pusat pengajian tinggilah. Kemudian alam pekerjaan.
Kemudian si anak tadi akan terus hidup mengejar dunianya sendiri kerana itulah tuntutan dunia. Mencari harta, mencari jodoh dan memiliki zuriat. Semakin hari semakin jauh si anak dari ibu dan bapanya. Tentulah sunyi kehidupan dan sunyi juga rumah si ibu dan bapa kerana anak yang dibesarkan sudah tidak tinggal bersama lagi. Mampukah si anak membalas semua kasih sayang yang diterima dari ibu bapanya?......
Dan pasti akan tiba saat ibu bapanya akan pergi meninggalkan si anak tadi buat selamanya.

Namun begitulah roda kehidupan. Adakah roda itu akan berhenti begitu sahaja???.... Tidak kerana si anak tadi akan melalui semula peristiwa seperti di atas tadi.
Tetapi kali ini akan dilaluinya pula sebagai ibu atau bapa.
Begitulah kehidupan kita semua dan berterusan begitu putarannya.

Sayangilah mereka ibu, bapa, anak dan seluruh keluarga anda.
Sementara masih diberikan kesempatan...

24 comments:

suRe HeBoH said... BALAS

masa 1st tym tgk bideo klip ni mengalir air mata ...pengorbanan ayah dan ibu mmg xdpt dinilai dgn apa sekalipun..

ïêmå å¢klê§ said... BALAS

keinsafan melanda diri....

xpernah lak menghayati lagu ni b4 ni sebab jarang dgr lagu....

pengorbanan ibu bapa tiada tolak bandingnya....

KELI OH KELI said... BALAS

ya...semoga ada kesempatan itu... :(

아가씨 Dina Dior said... BALAS

putaran kehidupan..mcm mana plak bila tiba giliran kita nnt..ngeee

Tuan Penasihat said... BALAS

@suRe HeBoH
TP pun rasa nak mengalir air mata jugak. tapi control mancho la.
Hehehehehe.

TQ.

Tuan Penasihat said... BALAS

@ïêmå å¢klê§
TP pun jarang dengar lagu2 ni.
Tapi lepas tengok video klip n dengar lirik lagu ni TP rasa best pulak.
terus teringat akan kedudukan kita dimana.

TQ.

Tuan Penasihat said... BALAS

@KELI OH KELI
Harapnya begitulah keli.

Tuan Penasihat said... BALAS

@아가씨 Dina Dior
apa boleh buat. semua orang akan menghadapinya. cuma kita harap biarlah kita mampu mengahadapinya.

TQ.

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

tp,betul tu..alief harap alief tak akan jadi anak yg melupakan jasa ibu bapa..kalau kita dah jadi ibu bapa baru kita tahu betapa susahnya jadi ibu bapa..nice sharing bro...ops,silap..tuan penasihat..hahaha..btw,sapa nama tp sebenar ek??haha..

Tuan Penasihat said... BALAS

@aLieF si Muncung ManiS
TP tau alief anak yang baik.
hehehehe ( ayat bodek )
nak tau nama TP???
hehehehehheehe meh 20 hengget.

ghost writer said... BALAS

ghost aku yang jahat nih pun sayang kat mak dan ayah aku..

kau kesah ke?? said... BALAS

penuh message.

mera zati M.z said... BALAS

suke..sedih gila lagu ni :((

Eda said... BALAS

dah tgk vid clip lagu ni..ske lagu ni..dan sgt touching vclip dia..huhu

PReDicToR said... BALAS

best lagu nei...like.

Tuan Penasihat said... BALAS

ghost writer :
kau kesah ker?? :
mera zati :
Eda :
Predictor:

TP mintak maaf banyak2 sebab lambat rep. Tp sibok sangat sejak akhir2 ni.
terima kasih sebab sudi datang blog TP n drop komen k.
TQ sangat sangat.

nub said... BALAS

ceq suka lagu ni. hehhe

zuk zuhaiza said... BALAS

benda tulah yang kite paling takut..takut naik ke puncak..takut tinggalkan mereka yg dorong kita naik puncak..

sebab tu kita takut berjaya sangat..kita takut kita lupa asal usul kita..lupa jasa parents kita..
dan itu kita perlukan pasangan yg boleh mengingatkan kita tentang mereka..

btw,kena tdengar dan tengok video clip nie..huhu

kpah k-poh said... BALAS

Hidup ini ibarat roda yg berpusing...

Tuan Penasihat said... BALAS

@nub
cek pun suka lagu ni.
jom pukoi lagu ni.

Tuan Penasihat said... BALAS

@zuk zuhaiza
walaupun kita takut ia tetap datang.
walaupun kita lari ia tetap datang menemui kita.
itulah takdir kita semua.

Tuan Penasihat said... BALAS

@kpah k-poh
cuma kita perlu tahu dimana kita pada putaran tersebut dan bersedia pada yang mungkin akan datang.

Nasriq said... BALAS

insaf sekejab

Tuan Penasihat said... BALAS

@Nasriq
aik??? sekejap aje??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...