Pages

Friday, February 4, 2011

BLOG WALKING - RAMAI BLOGGER DAH MALAS NAK BW???

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Adussss....
Akhirnya dapat juga Tuan Penasihat (TP) mengupdate blog SSK ni. Bukannya TP tak ada idea, tapi disebabkan kesuntukan masa. Maklumlah, TP ni cuma blogger sambilan sahaja. Masa TP terpaksa di bahagikan sebaik mungkin untuk bekerja, keluarga dan berblog. Kerja pulak kena ikut syif. kalau diikutkan hati mau saja TP jadi blogger sepenuh masa. Tengoklah, dahpun terbukti bukannya tak ada blogger yang berjaya dalam dunia blog ni, cuma caranya kenalah betul. Strategi perlu diatur, pengorbanan dan sokongan dari orang sekeliling juga amat perlu. Barulah boleh nak dapat pendapatan macam Red Mummy, Ariff Shah, blogger glamour macam Ben Ashaari, Hanis Zalikha dan beberapa nama besar lain digelar otai yang menjadi idola para blogger sekalian.



Jadi sampai mana pula target anda dalam dunia blog ni??
Sekadar nak bermain dipinggiran sahaja atau nak terjun menyelam kedasar mencari segala yang tersembunyi didalam lautan maya yang terbentang luas ini. Sekiranya dipinggiran sahaja yang anda pilih. Bermainlah anda disitu, binalah istana pasir impian anda. Bila istana itu roboh, boleh dibina lagi. Tapi sekiranya anda berfikir untuk mencabar diri dengan lautan maya, bolehkah perumpamaan kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga diguna pakaikan. Banyak yang harus kita pelajari tentang dunia blog ini. Bagaimanakah caranya kita nak menimba ilmu blog??? Salah satu caranya adalah dengan melakukan aktiviti BW. Kerana bagi TP bila kita melakukan BW ini, samalah juga kita telah melakukan satu pengembaraan, yang mana lagi banyak blog yang kita lawati, bertambah banyaklah pengetahuan kita.


TP ada soalan untuk korang semua. cuba perhatikan kotak jerit anda. Ada apa-apa perubahan tak sejak dua menjak kebelakangan ini? Tak tahulah sama ada keadaan kita sama atau tidak, tapi sejak kebelakangan ini kotak jerit TP tidaklah semeriah beberapa minggu lepas. Mungkin ini disebabkan tiada lagi mereka yang menggunakan ABW. Bukannya tiada lansung, tetapi kurang dari dululah. Dan TP juga mendapati trafik mereka yang selalu melakukan BW ini berkurangan dengan mendadak. Apakah sebabnya yang menyebabkan keadaan ini berlaku? TP tak tahu.....

Ada juga TP bertanyakan soalan ini kepada beberapa blogger yang selalu singgah ke blog TP melalui kotak jerit ini. Mereka mengatakan bahawa mereka tiada mood lagi untuk berBW.. Haaaa... Kenapa begitu? Jawap mereka kerana masih lagi dihantui oleh ABW yang sebelum ini menjadi isu dan mereka juga tidak lagi mempercayai jejak yang ditinggalkan di kotak jerit mereka.... Hmmmmmm......  Bagi TP itu satu jawapan, dan mungkinkah juga ada lagi jawapan selain truma ABW ni???

Satu lagi yang TP perhatikan adalah, ramai blogger sekarang menggunakan cara senang mendapatkan trafik tanpa mempromosikan blog mereka. Cara senang yang macam mana tu???... Yang TP maksudkan adalah cara seperti yang digunakan oleh beberapa blogger untuk memberi trafik kepada rakan-rakan mereka. Sebenarnya bagi TP tak salah kalau nak menggunakan trafik cara mudah ni, sebab TP pun ada menerima trafik dari sumber-sumber yang macam ni dan TP sangat-sangat berterima kasih kepada blogger-blogger yang bertungkus lumus memerah otak dan masa mereka untuk berkongsi trafik ni. Antara blogger yang bermurah hati menyumbangkan trafik ke blog TP adalah seperti M@T@HAW, OhDaus, Pendekar Berkuda dan satu dua blog lagi. Tetapi apa yang nak TP sampaikan adalah, adakah mencukupi trafik yang disumbangkan oleh mereka??... Bagaimana pula dengan usaha empunya blog sendiri untuk mempromosi blog mereka??... Adakah dirasakan tidak perlu lagi mencari pengikut dan melakukan BW ke blog rakan-rakan yang lain???... Dan cuba bayangkan jikalau blogger tidak lagi menjadikan BW sebagai salah satu aktiviti mereka, adakah akan berkembang dunia blog ini????

Bagi TP janganlah ditinggalkan aktiviti BW ini kerana ianya merupakan salah satu cara mengeratkan hubungan kita sesama blogger. Banyak lagi faedah yang kita boleh perolehi sebenarnya. Hanya anda yang kerap melakukan BW saja yang mampu menjawabnya. TP juga ingin menyeru supaya kita meriahkan kembali kotak jerit dan ruang komen kita ini. Jangan diharap sangat sumbangan trafik cara mudah ini kerana ianya merupakan satu bonus kepada kita. Kejayaan hasil daripada usaha kita sendiri adalah lebih nikmat sebenarnya.

Sebelum TP mengakhiri entri ini TP nak mengucapkan terima kasih kepada  Zaly dari blog Lepak Lepak Kedai kopi dan Kayyana dari blog mai Lurve kerana telah berkongsi tentang entri TP bertajuk Mari Tukar Cara BlogWalking Di Kotak Jerit yang TP tulis sebelum ini. Sokongan dari anda sangat TP hargai. Begitulah semangat yang kita perlukan dalam berblogging, saling bantu membantu. Dan terima kasih juga kepada anda yang menjadi pengunjung kepada blok SSK ini.

Sekian terima kasih......

29 comments:

Si DauN CeRi said... BALAS

gud sharing la.. sy pon sokong sgt kepentingan BW ni..

Tuan Penasihat said... BALAS

@Si DauN CeRi
terima kasih, sanggup baca entri panjang panjang ni yer.
cuma luahan pengalaman TP saja.

JZ Business World said... BALAS

ha'a entry memang panjang tapi bernas.. gud! gud! keep it up! :)

nub said... BALAS

tuan penasihat mang power larh. auwww. hehhe

Sharifah nor said... BALAS

masih setia dgn blogwalking...entry yg bernas...

Pendekar Berkuda said... BALAS

jika tidak keberatan, bacalah entry yang bakal pendekar update nanti ya...(^_^)

namun pendekar bersetuju dengan apa yang anda perkatakan itu.. tahniah kerana berani untuk mengkritik... bukan mudah untuk kita menjadi pengkritik yang berani... bak kata orang, jika takut di lambung ombak, jangan main rakit ketika tengkujuh... ehehehe... apa yang pendekar merepekkan entah... adesh~!

Belalang Hijau said... BALAS

akhirnya TP sudah pun memberi nasihat.bagus2 nasihat yg best...

ZACK ENTRY said... BALAS

dengan blogwalking, dapat la idea sikit nak buat entry baru..


tapi, setiap orang ada cara blogwalking sendiri..

nuriz said... BALAS

mungkin orang malas sebab ada auto blogwalking jadi diorang rasa curiga

lagi satu sebab mungkin sekarang time cuti panjang..dioarang pi makang angin hehe

aliefcmoi said... BALAS

betul,,kalau nak jadi blogger otai dan hebat,kena lah berusaha..bro,kalau bro free,dtg la jenguk blog saya..alief baru 25 hari berblog..bermula tarikh 11 jan hari tu..kalau bro sudi,,follow la blog alief...tapi kena baca blog alief..bro bagi lah kritikan mmbina kat blog alief..mana taw,boleh mmbntu alief utk meningkatkan mutu penulisan alief..harap2 bro sudi dtg blog alief sejurus slps bro baca komen ni..thanx bro..kalau bro rasa blog alief boleh pergi jauh,bro follow taw..
http://aliefcmoi.blogspot.com/

aliefcmoi said... BALAS

thanx again bro..
http://aliefcmoi.blogspot.com/

Tuan Penasihat said... BALAS

@JZ Business World
Tq tq banyak banyak.

Tuan Penasihat said... BALAS

@nub
hohohoho..
power macam power rangers.
relex nub jangan dok pukoi lagi

Tuan Penasihat said... BALAS

@Sharifah nor
bagus teruskan setia dengan aktiviti BW.
terima kasih banyak banyak sharifah.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Pendekar Berkuda
uiks!! pendekar dah bersuara.
terima kasih pendekar bagi respon.
tapi bukan niat nak mengkritik, cuma mengajak rakan blogger untuk berkongsi apa yang TP rasa sahaja.

terima kasih.
sekarang juga TP jengah blog pendekar.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Belalang Hijau

TQ.
TP belajar dari belalang jugak.

Tuan Penasihat said... BALAS

@ZACK ENTRY
yaaaa...
TP sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.
terima kasih.

Tuan Penasihat said... BALAS

@nuriz
hahahaha.
betullah tu. cuti cuti Malaysia.
Terima kasih Nuriz

Tuan Penasihat said... BALAS

@aliefcmoi
uiks!
ok lah, permintaan alief TP penuhi.
terima kasih datang blog TP ni.

qasehraihan said... BALAS

ni rumah tuan rupanya..
1st time dtg..

salam kenal..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/siapa-rasa-dirinya-blogger-glamer-sila.html

Tuan Penasihat said... BALAS

@qasehraihan
selamat datang dan salam perkenalan juga dari TP.

terima kasih. :)

qasehraihan said... BALAS

saya dtg follow tuan penasihat..hehe

ADfeez said... BALAS

usaha tangga kejayaan kan....
penat kita blogwalking.. bila tgk traffic.. ia mcm motivation kita tuk besoknya...
hehehe...

dya adriza said... BALAS

saya sendiri pun malas dah nak BW.. haih~

Tuan Penasihat said... BALAS

@qasehraihan
terima kasih.
berkunjung la lagi nanti.

Tuan Penasihat said... BALAS

@ADfeez
betul tu. TP sangat bersetuju.
tq.

Tuan Penasihat said... BALAS

@dya adriza
haa dah malas???
nak kena tibai ni.
huhuhuhu....
takpa, BW ni bukannya satu paksaan. mekukannya secara terpaksa akan membuatkan kita rasa tersiksa.
bila ada kelapangan dan berkesempatan buatlah. TP pun sama juga macam tu.
entri TP ni hanya untuk difikirkan dan mudahan menjadi pembakar semangat untuk kita rajin BW kembali.
TQ kerana singgah dan komen :).

Mr.tEkA-tEKi said... BALAS

rajin appa..hehehehks..
singgah2 la ea kat pondok usang saye yg baru nak "naik"...----->http://lifeisunpredictable91.blogspot.com..
thanxx...

khairul hisyam said... BALAS

tak malas bro. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...