Pages

Wednesday, February 23, 2011

Bola Sepak Kelayakkan Olimpik - First Leg, Malaysia VS Pakistan (2, 0)

Beraksi digelanggang sendiri dengan sokongan padu, ternyata berjaya menyuntik semangat kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun kita apabila berjaya menewaskan pasukan Pakistan dengan 2 gol tidak berbalas. Perlawanan penting ini adalah bagi mencari kelebihan gol yang selesa sebelum Malaysia pula bertandang ke Pakistan nanti.


Kedua dua gol yang berjaya dijaringkan oleh Malaysia adalah pada separuh masa pertama iaitu pada minit ke 3 diawal perlawanan dan pada minit 3 masa tambahan masa kecederaan. Manakala pakistan pula terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila seorang pemain mereka dilayangkan kad merah setelah mengasari penjaga gol Malaysia.

Pada separuh masa kedua menyaksikan Pakistan telah menukar penjaga gol mereka dengan membawa masuk penjaga gol simpanan mereka. Percaturan ini ternyata berjaya, kerana beliau telah berjaya mematahkan semua percubaan serangan dari Malaysia. Walaupun Malaysia beraksi dengan kelebihan pemain, kelebihan ini ternyata tidak digunakan dengan sepenuhnya untuk mendapatkan lagi jaringan. Tamat sepenuh masa 90 minit, kedudukan kekal 2 Malaysia dan 0 Pakistan.

6 comments:

Eda said... BALAS

tahniah Malaysia!..moga kejayaan ini berterusan..=)

ïêmå å¢klê§ said... BALAS

congratz 2 msia..
xdapat tgk game ni ari 2..

Tuan Penasihat said... BALAS

@Eda
ya semoga terus berjaya.

Tuan Penasihat said... BALAS

@ïêmå å¢klê§
rugi x tengok. xpa nanti 2nd leg tengok tau.

perondajaketbiru74 said... BALAS

second round kena hati2 sebab pakistan maybe bole bangkit...

Tuan Penasihat said... BALAS

@perondajaketbiru74
betul TP setuju tu. kerana pada perlawanan pertama haritu TP tengok masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...