Arghhhh!!!!!
Bingit bingit. Nyut nyut, kepala rasanya mau pecah!!
Tension betul. Selama aku bekerja, harinilah merupakan hari yang paling teruk rasanya dalam sejarah.
Semuanya kalang kelibut. Macam tongkang pecah. Macam pasar borong keadaan tempat aku berada sekarang ni. Semua orang berebut-rebut. Semua orang berasak asak. Dalam suasana begitu, semua orang dah makin hilang sabar. Mereka menyerbu kearah aku dan barisan rakan rakan ku. Aku lihat wajah rakan rakan ku satu persatu. ada yang masih selamba, ada yang dah macam singa, ada yang masih dapat ketawa dan ada juga yang buat cool. Apa boleh buat dah tugas kami. Korang mungkin tak menyukai untuk berhadapan dengan kami. Tapi mahu atau tidak, korang tetap terpaksa berhadapan dengan kami sekiranya korang tetap mahu meneruskan perjalanan korang.
Walaupun apa situasi sekalipun yang sedang dihadapi, genting atau tenang, aku telah dilatih sepenuhnya untuk menyerap dan mengawal keadaan itu. Aku tahu bagaimana untuk bersikap profesional dalam bekerja. Dan ternyata aku berjaya mengawal keadaan kawasan ku, dan mereka yang berhadapan dengan ku juga merasa yakin dan patuh pada segala arahan ku tanpa membantah atau mempertikaikan apa yang aku arahkan. Mereka tahu sehala kesulitan yang berlaku pada hari itu bukanlah berpunca pada pihak kami, tetapi adalah merupakan kegagalan pihak yang sepatutnya menguruskan perkara tersebut bagi pihak mereka.
Memang tak dapat dinafikan, walaupun aku berjaya mengawal luaran ku agar dilihat tenang, tetapi pada hakikatnya aku telah rasakan sangat letih. Letih yang teramat sangat. Dan ada ketika ada rasa mau lari dari situ.......
Ketika kawasan ku tenang seketika, dikala rakan ku yang lain masih melayan orang yang menyerbu mereka, tiba tiba aku terlihat disebalik orang ramai yang berasak asak itu akan satu kelibat manusia yang menarik perhatian ku. Semakin lama semakin pasti dia sedang menuju tepat kearah kawasan ku yang lapang ini. Kelibat itu sungguh menarik. Ketika dia sedang menghampiri ku, kurasakan seolah oleh segala disekeliling menjadi perlahan. Hilang segala riuh rendah menjadi sunyi. Kelibat itu adalah seorang gadis yang sangat manis. Seorang gadis cina yang memiliki rambut hitam paras tengah belakang. Memakai baju singglet ketat pink dan berseluar pendek hitam. Berjalan kearah ku dengan gaya seorang model. Akupun cepat cepat bersedia menanti kedatangan gadis itu.
Tiba tiba baru aku teringat, aku memang kenal akan dia. Ketika dia telah berada dihadapan ku, terus aku bersuara...... Hannah Tan?, are u Hannah Tan?...... Lalu dia menjawab, yes I am.
Perghhh!!!! Tiba tiba aku rasa seperti mahu melompat. Mana taknyer, aku memang minat gila dengan dia. memang tak ku sangka akan bertemu dia dalam keadaan begitu. Tetapi aku agak kecewa kerana terpaksa tidak membenarkan dia meneruskan perjalanannya kerana dia perlu menyelesaikan sesuatu dahulu. Tapi tak mengapa dia memahami setelah aku memberi penjelasan padanya. Aku perhatikan lagi rakan rakan ku yang lain. Ternyata mereka memang cemburu melihat aku bersama Hannah pada ketika itu. Aku pula senyum bangga pada mereka.
Walaupun pertemuaan itu cuma seketika, aku merasakan semua penat dan sakit kepala ku hilang begitu sahaja. Aku seperti mendapat tenaga baru selepas itu.
Selepas waktu bertugas, aku masih tersenyum. Ketika pulang kerumah, aku masih senyum. Dan ketika tidur juga aku masih tersenyum. Sememangnya hariku yang sangat mencabar telah bertukar menjadi hari yang paling mengembirakan.
Terima kasih Hannah Tan kerana menyelamatkan hari ku.
TQ.
__________________________________________________________
Sebenarnya ini kisah betul yang berlaku pada TP dalam satu dua hari lepas. Kalau nak tau Hannah ni pernah berlakun jadi heroin dalam filem MY SPY. Dia pun pernah jugak jadi pengacara rancangan kat astro. Memang comellah minah ni. Memang TP minat kat dia. Dapat jumpa pulak tu.
Ehhhhh tak, dia tak comel sangatlah.
Tak boleh nak lawan isteri TP pun. Isteri TP lagi la comel dan cute gitu.
(TP tulis macam tu sebab bini TP ada kat belakang tadi. heehehehehehehe)
jangan marah arrrr.... Saya salah ka?
**** semua gambar search dari google****
6 comments:
hahah.. cute entry...
hahaha.. btl ke ni?
@AizA
Haaa,... entri aje ke yang cute?
kalau naktau TP pun cute gak.
hehehehehe.
TQ komen kat sini.
@fiezah91
aduhhhhh...
betullah.
ini betul betul, bukan chobaannnn....
hehehehehehe..
TQ fiezah.
oh my god!! wanita hot dan sexy itu balas teguran TP..okay,alief jeles..haha..mesti muka dia licin kan??mesti suara dia comel gile kan???adoi,,tgo dalam citer my spy time dia tgh pakai baju merah tu,,adoi,,cair beb..hahaha
@aLieF si Muncung ManiS
memang hot dan tepat ciri ciri yang alief sebut tu.
seronok betul TP.
kalau jumpa alief, ingat alief dah terkam dia. huhuhuhuhuhhuu...
Post a Comment