Pages

Wednesday, February 9, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS HONG KONG ( 2 - 0 )

90 minit yang sungguh menghiburkan. Itulah yang dapat kita saksikan pada perlawanan persahabatan antara pasukan Kebangsaan kita menentang pasukan Hong Kong (HK). Walaupun Stadium Shah Alam tidaklah dipenuhi sepenuhnya oleh penyokong, namun kehadiran penyokong setia di stadium tersebut memang menggegarkan dan menyuntik semangat pemain skuad kebangsaan kita.


Bermula dari tiupan wisel permulaan perlawanan di separuh masa pertama. Kita dapat saksikan sememangnya Harimau Malaya dengan garang menguasai perlawanan. Sehinggakan dapat kita lihat seolah-olah pasukan Hong Kong tidak standing dengan pasukan kita. Namun Tuan Penasihat (TP) agak sedikit geram apa bila melihat pemain HK seolah-olah sengaja beberapa kali mengkasari penyerang memakai jersi no. 10 kita, siapa lagi kalau bukan Safee Sali. Peluang terbaik pemain tersebut pada awal babak pertama dapat ditempis oleh penjaga gol HK dan di bantu oleh tiang gol.

Ketika perlawanan diseparuh masa pertama dilihat hampir tamat dengan kedudukan 0-0, Syafiq Rahim yang merupakan kapten pasukan Malaysia sewaktu kejohanan Piala Suzuki berjaya mengunakan peluang yang diperolehi untuk menjaringkan gol pada sudut yang sukar.

Bersambung pada separuh masa kedua, HK dilihat cuba bangkit dengan meningkatkan tempo permainan mereka. Beberapa percubaan jarak jauh mampu dihasilkan oleh HK, namun penjaga gol Malaysia lebih bersedia terhadap percubaan mereka. Ketika perlawanan masuk pada minit akhir separuh masa kedua, Amirulhadi Zainal yang merupakan pemain gantian telah Berjaya menjaringkan gol kedua yang merupakan pelengkap kepada kemenangan pasukan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan para pemain. Sememangnya perlawanan persahabatan ini telah memperlihatkan peningkatan ketara skuad dari segi permainan berpasukan dan skil individu. Semoga terus maju dimasa akan datang.

3 comments:

Belalang Hijau said... BALAS

malaysia mmg terbaik...

dgr nya team liverpool nak borong semua pemain malaysia?...

(abaikan komen merapu ini)

huhuhu

Huszaini said... BALAS

tahniah malaysia!

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

alief berpuas hati tgok malaysia main..sbb passing cantik,control bola lawa..terbaek!!tahniah malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...