Pages

Sunday, February 6, 2011

TIPS MENINGKATKAN TRAFIK / PENGUNJUNG DI HARI CUTI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Apa khabar hari ni? Mesti banyak aktiviti kan sampai tak sempat nak bukak blog.
Macamtulah kalau hari cuti, mesti pengunjung blog berkurangan. Macam mana pulak dengan blog korang?
Sebenarnya tak ramai blogger yang dapat mengekalkan jumlah pengunjung pada hari Ahad terutamanya. Tambah-tambah lagi kalau line slow dan nuffnang pulak down. Memang orang malaslah nak main blog ni. Satu lagi, biasalah pada hari nilah perkara-perkara dialam nyata diutamakan. Atau mungkin juga ada yang berblog pada hari kerja sahaja. Maklumlah boleh pakai internet free, hehehehehe samala jugak macam TP . Tapi nasib baik kat rumah pun ada internet ni. Boleh la TP on lagi dirumah, di pejabat tu hanya  untuk check check saja.


Tapi memang betulkah tiada penyelesaian untuk mengatasi masalah kekurangan pengunjung dihari macamni. Sajalah TP nak tanya. Pernah tak isu macam ni diperbincangkan. Boleh tak korang beritahu dimana TP boleh tengok kalau dah pernah ada blogger yang tulis. Maklumlah dunia blog ni luas dan idea para blogger juga sebenarnya tidak sama. Itu yang uniknya dalam blog ni. dan kalau samapun mungkin hanya secara kebetulan (bukan bagi yang disengajakan macam copy and paste 100% tu k).

Baiklah disini TP cuba berkongsi beberapa cara bagi memastikan masih ada trafik yang masuk walaupun mungkin tidak setinggi mana.

1. Cuba kenal pasti blogger yang sedang aktif.
Ok, macam mana tu caranya. Perhatikan diruangan dashboard korang. klik situ dan tengok bahagian reading list, kemudian blogs I'm following. Tengok pulak bahagian items. Disitu akan dipaparkan sanarai blogger yang telah diupdate. Cuba terjah blog yang paling baru di update tu dan tinggalkan komen serta jejak korang di shoutbox kalau ada. Ini kerana blogger yang baru update blog selalunya akan masih berada dihadapan PC bagi melihat sambutan pada entri mereka. Dan mereka juga akan cuba promosi entri baru tersebut.
Contoh yang tertapar seperi di Dashboard
2. Dengan menggunakan Kotak Jerit
Macam kita buat BW biasa jugak. Cuma caranya tetap mengenal pasti blogger yang sedang aktif.
Lihat dibagian shoutbox korang. Cuba klik pada nama blogger yang paling terakhir singgah diblog korang dulu. Tinggalkan jejak di ruang komen atau kotak jerit atau kedua-duanya sekali di blog beliau. Tapi ingat, wajib tinggal jejak di kotak jerit tau.
Selesai tinggal jejak di blog tersebut, klik pula nama pengunjung terbaru yang meninggalkan jejak mereka di ruang kotak jerit yang korang singgah tu. Kemudian ulang semula langkah yang sama seperti sebelum ini. Buatlah sebanyak mungkin yang perlu. Ingat kena rajin tau. Tiada yang mudah dan percuma kalau ingin bejaya.

3. Buat entri baru.
Update blog anda. Tak kisah tentang apa. Yang penting diupdate. Tapi jangnlah topik yang tak logik dan mengarut korang nak tulis jugak. Share la berita ker, lagu ker apa ker, boleh. Sebabnya mungkin ada blogger yang pernah atau selalu mengamalkan cara 1 dan 2 seperti diatas.

4. Berkenalan dan Follow blog baru.
Dalam korang membuat BW, pasti korang pernah melawati beberapa blog baru atau baru pertama kali mengunjungi blog tersebut. Tinggalkan jejak dan cuba follow. Insyaallah mereka akan melakukan yang sama terhadap korang.

5. Buat segmen suka suka.
Segmen suka suka? macam mana tu?
Selalunya blogger otai atau blogger yang dah punyai ramai follower tegar akan melakukan perkara macam ini.
Conthnya macam blog Ben Ashaari. TP bagi contoh Ben sebab rasanya ramai yang kenai dia, jadi senanglah sikit. Cuba buat segmen cari harta karun ker, mari berkenalan ker atau mungkin korang ada idea yang lebih baik. Jadi buat entri macamtu awal dan war-warkan kepada seramai mungkin, keutamaan kepada follower korang. Sebabtu langkah ke 4 diatas tu penting. Bila follower dah ramai, korang tak perlu risau sangat kalau segmen macam ni berjaya atau tidak. Yang penting mau rilex dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Apa lagi?........
Rasanya memang ada lagi, tapi biarlah TP berikan 5 dulu sebab TP nak dengar pendapat dari korang pulak. Komen la dibawah kalau ada pendapat sendiri. Kan best kita bertukar-tukar pendapat. dapat tambah pengetahuan. Dan kalau tak keberatan bagi yang mencuba cara TP ni, boleh tak dikongsikan sama ada berjaya atau tidak cara ini. Kira buat testimonilah. Dan testimoni tersebut akan TP publish dalam satu entri baru pada minggu depan. Amacam boleh. Kalau ada yang nak berkongsi cara ni dengan orang lain (atau korang mungkin sedang kekurangan idea sekarang ni), silakanlah. Tapi bagi credit dan link kat TP k.
Satu lagi, tips ni boleh juga digunakan dalam berblog sehari-harian.

Sehingga berjumpa lagi di entri yang terbaru nanti.
Selamat mencuba.....

16 comments:

qasehraihan said... BALAS

hehe..
biasa gak lyn stail dan 2 tu..hihi
ari keje mmg trafik sy kurang..
sbb blog sy xglmer pun..
sy cikgu..xleh ngadap blo mcm org keje ofis
xpromote org xdtg..haha

xpela..

De' Nurul said... BALAS

appreaciate for viewing my blog tapi pening la tengok ur background.

Muhammad Izuan said... BALAS

Salam. ape pun kena rajin dan cepat :)

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

hahahaha...no 1 dan 4 alief selalu buat..nnti nak test yg lain 2 3 dan 5 pulak...nice tips tuan penasihat..huhuhuhu...bertambah gak ilmu alief hari ni..hehe

ellang said... BALAS

Betul tu burn.. tukar link dan banner pun blh tingkatkn trafik.. review blog pun blog gak :d

blur88 said... BALAS

selalu bt no2 ngan 3 jek...

Jom baca dan komen post terbaru Blur Pelancaran Live Blog

Tuan Penasihat said... BALAS

@qasehraihan
hehehehhe...
biasala cikgu.
blogger ni ada banyak dia punya kategori.
ada blogger sepenuh masa,
ada blogger separuh masa dan
ada blogger tak ada masa.
cuma pilih cara yang sesuai untuk digunakan bila berkesempatan. try dapatkan ramai follower. insyaallah.

Tuan Penasihat said... BALAS

@The Nurul
alamak pening ka. takpa nanti TP bagi panadol.
ke sebab pakai spek itam tu.
hehehehhe.
gurau ja.
TQ datang dan komen.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Muhammad Burn betul tu. rajin, cepat dan melakukan dengan iklas. kalau boleh jangan diharap sangat akan hasilnya. takut nanti akan kecewa bila tak sampai target. gerak kerja tu yang penting.

terima kasih burn.

Tuan Penasihat said... BALAS

@aliefcmoi
terima kasih alief.
try labuat. pastu bagitau TP berkesan atau tidak. Bole kita share dengan yang lain.

Tuan Penasihat said... BALAS

@ellang
waaa bagus.
pendapat yang macam ni yang TP nak dengar.

terima kasih.

Tuan Penasihat said... BALAS

@blur88
agaknya lepasni boleh ko dicuba cara yang lain pulak. mana tau kalau hasilnya memberansangkan kan.

TQ blur.

ghost said... BALAS

update entry sure lar tapi bab segmen suka2 atau tangkap muat buat entry tuh memang merugikan bagi aku.

btw,tanx for ur sharing

Tuan Penasihat said... BALAS

@ghost writer
langkah ke5 tu mungkin susah sikit bagi yang masih belum kuat dan belum mempunyi follower tegar (macam TP gak ler) .
kadang tu kita kena berani untuk buat experiment. mungkin sekali 2 kita akan rasa rugi sebab gagal tapi mana tau kita berjaya dan adalah lebih rugi kalau tidak mencuba.

TQ mr ghost. TP like your blog cool.

mohamadSaleh said... BALAS

tips bagus nie... baru baca, baru belajar... kira semuanya barulah... thanks for sharing

Razil Tahir said... BALAS

thanks a lot for sharing cool tips...
Nanti boleh try!! XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...