Pages

Sunday, March 20, 2011

Libya Diserang - Tentera Bersekutu Diketuai AS Memulakan Serangan

Hari ini dunia sekali lagi menyaksikan satu lagi negara diserang oleh pasukan Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Kali ini suspek yang didapati bersalah oleh Polis Dunia tersebut adalah merupakan seorang pemimpin sebuah negara dan suspek dikenali sebagai Kolonel Muammar Gaddafi. Demi menghapuskan seorang suspek ini, seluruh negara harus diserang.


Satu serangan mengejut ala pengecut telah dilancarkan oleh Tentera bersekutu dengan menggunakan waran dari PBB dengan alasan menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Libya. 112 buah peluru berpandu telah dilancarkan dengan menggunakan kapal-kapal perang dan kapal selam yang paling canggih sekali. Kelangkapan canggih ini perlu digunakan untuk menunjukkan kekuatan mereka kerana Libya ternyata ketinggalan dari segi kecanggihan senjata ini. Jadi bolehlah mereka menunjukkan kepada dunia bagaimana nagara Libya dapat dibuli mereka.

Hasil dari tindakan yang telah diambil, ternyata hasil pada peringkat pertama ini sangat memuaskan apabila 48 telah maut dan 150 lagi dilaporkan tercedera. Dan yang paling penting sekali mereka ini terdiri daripada ORANG AWAM DAN KANAK_KANAK. Tahniah diucapkan kepada A.S dan sekutunya seperti Britain dan lain-lain.

Seterusnya teruskan dengan menguasai telaga-telaga minyak yang ternyata banyak dan itulah yang menjadi idaman kepada serangan ini dilancarkan. Gantikan Gaddafi yang tidak menuruti pakatan kalian dengan seorang yang boleh menjadi boneka kalian.
___________________________________________________________

Sedih, marah, geram TP melihatkan tindakan tentera bersekutu keatas Libya. Inilah yang dinamakan menceroboh. Apa yang telah dilakukan oleh Libya? adakah Libya menggugat keselamatan jiran-jirannya. Adakah Libya mempunyi senjata pemusnah seperti yang dikatakan terdapat di Iraq?
Apa yang berlaku di Libya adalah cuba menyelesaikan masalah dalaman negaranya sendiri.

Banyak yang TP nak perkatakan, tetapi mungkin lain kali kita sambung . Terlalu emosi buat masa sekarang ni.

8 comments:

NasQ said... BALAS

ermmm...apa nak jadi dengan dunia sekarang ni...

rafina mimi abdullah said... BALAS

asyik sibuk nak serang negara orang je..nama je negara kuasa besar tapi masih di takuk lama..orang dah tak main dah perang2 bagai ni..apo laa..huhu

Pakcoh said... BALAS

Sebab tu la perangai Presiden AS dari dulu lagi macam GAMP**G!!

Dia ingat dia tu Presiden Dunia!

Tuan Penasihat said... BALAS

@Nasriq
entahlah. makin bimbang dengan keadaan sekarang. dah banyak petunjuk dari tuhan untuk kita.

Tuan Penasihat said... BALAS

@mrs.sabri
betul tu. negara maju, tetapi ilmu kemajuan tu digunakan hanya untuk memikirkan bagaimana nak membunuh saja.
itulah yang menunjukkan mereka ni memang dah menyimpang.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Pakcoh
sebab dia ingat dia presiden dunialah dia buat negara orang macam negara dia sendiri.

rafina mimi abdullah said... BALAS

tu la pasalnya..negara lain sibuk nak memajukan negara masing2 tapi diaorang yg kuasa2 besar ni sibuk nak menjahanamkan balik..apo punyo manusio ni..negara je maju tapi otak tak maju2..hish..geram wehhhh.....

Unknown said... BALAS

dunia nk kiamat dh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...