Pages

Friday, March 11, 2011

Raja Lawak Musim Ke 5, Minggu Ke 10 - Nazmi Tersingkir

Tak dapat dinafikan. Gelanggang Raja Lawak separuh akhir musim ke 5, minggu ke 10 kali ini adalah merupakan yang paling sengit sekali. Memang best persembahan dari semua peserta kali ini. Dengan dua tugasan yang perlu di lakukan oleh setiap peserta, keempat empat peserta yang tinggal telah berusaha memberikan persembahan yang terbaik.
Rasa seperti menonton pusingan akhir pulak. Tugasan pertama adalah tentang dialek dan persembahan kedua pula adalah segmen pelawak pilihan. Kumpulan Balas dan Man dilihat sangat menonjol kali ini.

Walaupun telah berusaha memberikan persembahan yang terbaik, Nazmi terpaksa melupakan mimpinya untuk melangkah ke pentas Raja Lawak akhir musim ini kerana mendapat undian sms terendah dari pengundi. Memang agak sedih melihatkan keputusan tersebut. Malah dirasakan ke empat empat peserta Balas, Man, R2 dan Nazmi memang layak ke pentas akhir.

Walaupun tersingkir, kita pasti tidak akan melupakan persembahan Nazmi pada minggu pertama yang bertajuk "Aku Lupa". Semoga Nazmi akan terus sukses dan tahniah diucapkan kepada kumpulan Balas, R2 dan Man kerana berjaya ke final.

2 comments:

Adinda Amy Sensei said... BALAS

rugi sebab malam td tak sempat nk tgk raja lawak...

Tuan Penasihat said... BALAS

@Adinda Amy Sensei
takpe insyaallah nanti ada ulangan lagi kat astro. tapi memang bestlah semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...