Pages

Friday, March 4, 2011

Raja Lawak Musim Ke 5, Minggu Ke 9 - Epy Tersingkir

Setelah terselamat beberapa kali dari menjadi mangsa penyingkiran, akhirnya Epy peserta dari Kedah tersingkir jua setelah mendapat markah undian terendah dari sms penyokongnya.

Tiga peserta yang dipanggil naik kepentas kerana undian sms yang rendah adalah Nazmi, Man dan Epy. Seakan telah mengetahui yang dirinya akan tersingkir, Epy tenang menerima keputusan tersebut. Tugasan pada minggu ini bertajuk "Ada aku kisah" yang dipersembahkan oleh setiap peserta bertanding  memang sangat menghiburkan. Disusuli pula oleh segmen ke dua dengan tugasan silent komedi, menggamatkan lagi suasana penonton.

Tahniah diucapkan kepada Epy kerana berjaya sampai ke minggu ke 9 ini. Sememangnya ini merupakan satu pencampaian yang sangat sukar untuk dicapai. Semoga masa depan Epy dalam dunia hiburan ini akan bersinar selepas Raja Lawak ini.

Kepada peserta yang tinggal, hanya ada dua minggu saja lagi sebelum anda mengetahui siapakah yang bakal digelar Raja Lawak yang baru. Usaha lagi memberikan persembahan yang lebih mantap dan semoga berjaya.

9 comments:

PYB said... BALAS

aritu aku tengok dia mcm dah takde idea.. sbb tu dia terkeluar kot!

Tuan Penasihat said... BALAS

biasalah budak budak baru belajar. takpa dia muda lagi. rezeki masih ada.

Puan Yam said... BALAS

nak sangat nazmi menang.. man pun boleh.. R2 tetap dihati..

Tuan Penasihat said... BALAS

@cik yam
hahahaha
ramai sangat yg yam minat.
tapi memang x di nafikan tahun ni memang banyak peserta yang berbakat. susah jugak nak pilih.

Kak Mahh said... BALAS

Akak tak tenguk sangat Raja Lawak ni tapi memerhati dari jauh je...
Pssttt ...lepas Sibu kami terus ke Kuching dah nak balik KL lepas ni.

Adinda Amy Sensei said... BALAS

lawak epy tak berapa nak lawakklaa ekk....sy lg suke kumpulan balas ngn r2....heheheee..sengal jekkk lawak dorangggg...

Tuan Penasihat said... BALAS

@zmah
takpe kak, astro nanti dok ulang tu ja sampai jemu.

semoga selamat sampai d kl nanti.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Adinda Amy Senseiapa buleh buat, persaingan tahun ni memang hebat2.
tapi balas tu memang sengal la. tapi best, segar cara orang muda.

Tieah Madian said... BALAS

Huhh! Lama giler tak tengok Raja Lawak.. Haish..



Entry Terbaru : Rahsia Tentang Tidur Yang Perlu Anda Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...