Pages

Thursday, March 10, 2011

Pengesahan Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Pakistan dan Rangking Malaysia Pada Bulan March

Dengan ini adalah disahkan bahawa perlawanan pasukan bola sepak Malaysia menentang Pakistan berakhir dengan keputusan seri 0-0. Sumber ini adalah disahkan sendiri oleh laman web rasmi bola sepak Pakistan di www.footballpakistan.com. Dalam entri sebelum ini TP tidak berani menyatakan bahawa keputusan seri ini adalah benar kerana belum disahkan oleh mana mana pihak. Boleh baca entri tersebut disini

Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan kita kerana berjaya ke pusingan seterusnya selepas ini.


Pasukan Malaysia yang dibimbing oleh juru latih Ong Kim Swee, akan mennyertai 12 lagi pasukan asia yang layak seperti Australia, Bahrain, China PR, Korea Utara, Korea Selatan, Iraq,Jepun, Lubnan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 23 Jun nanti. Semestinya apabila melihat nama nama pasukan lain yang layak ini, kita sudah tahu bertapa bagusnya mereka. Diharap pasukan kita tidak gentar berhadapan mereka dan berusaha melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan nanti. Pastikan kita mampu beraksi di gelanggang olimpik London nanti.


Berikut adalah keputusan perlawanan di lain lain vaneu.




Malaysia 0-0 Pakistan
(agg 2-0)

Chinese Taipei 0-2 Jordan
(agg 0-3)

Maldives 0-3 Hong Kong
(agg 0-7)

Bangladesh 0-3 Kuwait
( agg 0-5)

Myanmar 1-1 India
( agg 2-3)

Kyrgyzstan 0-0 Iran
(agg 0-1)

Turmenistan 1-0 Indonesia
( agg 4-1)

Oman 3-1 Tajikistan
( agg 7-2)

Sri Lanka UAE
( agg 1-7)

Singapura vs Yamen
ditunda pada 19 dan 21 Mac



Sementara itu, Fifa telah mengeluarkan senarai rangking terbarunya pada bulan March yang menyaksikan Pasukan Malaysia telah memperbaiki kedudukannya dari 140 ke 138 anak tangga. Di peringkat Asian kita berada di tangga ke 21, manakala di peringkat ASEAN pula kita di tangga ke 4. 
Tahniah kepada pasukan bola sepak kita. Semoga dapat meneruskan aksi lebih ini dan pastinya ia masih boleh dipertingkatkan lantas meningkatkan lagi keyakinan penyokong kepada pasukan kesayangan mereka ini. Kepada penyokong pula, janganlah dimasa gemilang sahaja dipuji, bila jatuh terus dikeji. Sebaliknya adalah lebih baik menyuarakan segalanya melalui cara yang betul.

2 comments:

Unknown said... BALAS

dulu sy x suka bola..la dh minat skit lepas tgk performance players Mesia la ni

Tuan Penasihat said... BALAS

@khairul
satu perkembangan yang positif. bila main bagus memang la orang bukak mata. peminat pun bertambah. betul tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...