Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan kita kerana berjaya ke pusingan seterusnya selepas ini.
Pasukan Malaysia yang dibimbing oleh juru latih Ong Kim Swee, akan mennyertai 12 lagi pasukan asia yang layak seperti Australia, Bahrain, China PR, Korea Utara, Korea Selatan, Iraq,Jepun, Lubnan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 23 Jun nanti. Semestinya apabila melihat nama nama pasukan lain yang layak ini, kita sudah tahu bertapa bagusnya mereka. Diharap pasukan kita tidak gentar berhadapan mereka dan berusaha melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan nanti. Pastikan kita mampu beraksi di gelanggang olimpik London nanti.
Berikut adalah keputusan perlawanan di lain lain vaneu.
Malaysia 0-0 Pakistan
(agg 2-0)
Chinese Taipei 0-2 Jordan
(agg 0-3)
Maldives 0-3 Hong Kong
(agg 0-7)
Bangladesh 0-3 Kuwait
( agg 0-5)
Myanmar 1-1 India
( agg 2-3)
Kyrgyzstan 0-0 Iran
(agg 0-1)
Turmenistan 1-0 Indonesia
( agg 4-1)
Oman 3-1 Tajikistan
( agg 7-2)
Sri Lanka UAE
( agg 1-7)
Singapura vs Yamen
ditunda pada 19 dan 21 Mac
(pinjam dari belalang dari blog suara bawah tanah)
Tahniah kepada pasukan bola sepak kita. Semoga dapat meneruskan aksi lebih ini dan pastinya ia masih boleh dipertingkatkan lantas meningkatkan lagi keyakinan penyokong kepada pasukan kesayangan mereka ini. Kepada penyokong pula, janganlah dimasa gemilang sahaja dipuji, bila jatuh terus dikeji. Sebaliknya adalah lebih baik menyuarakan segalanya melalui cara yang betul.
2 comments:
dulu sy x suka bola..la dh minat skit lepas tgk performance players Mesia la ni
@khairul
satu perkembangan yang positif. bila main bagus memang la orang bukak mata. peminat pun bertambah. betul tak?
Post a Comment