Pages

Sunday, May 29, 2011

Keputusan Final UEFA Champions League - Barcelona vs Manchester United Finals Result (29.05.2011)

Final

Wembley Stadium - London

Barcelona vs Man. United

( 3 - 1 )
Pedro Rodríguez 27'    Wayne Rooney 34'
Lionel Messi 54'
David Villa 69'

Walaupun TP tidak dapat menonton perlawanan final liga juara-juara antara Barcelona menentang M. United di stadium Wembley, England, tetapi kesempatan menonton perlawanan akhir di kedai mamak nasi kandar juga tidak kurang meriahnya. Memang riuhlah restoran yang TP pergi tu dengan jeritan dari kedua-dua penyokong. Kalau naktau TP menonton perlawanan tu dengan seorang lagi rakan blogger. Nak tau sapa?... haaa ce teka ce teka... tettt masa tamat.... Kalau nak tau dia ni seorang otai blogger tau, kalau sebut ja nama dia gerenti korang kenalnyer. Tapi TP tak nak bagi tau sapa dia.


Ok berbalik kepada game tadi. Sebenarnya TP ni memang peminat liga Spanyol. Jadi tentulah Barca yang menjadi pasukan pilihan TP untuk muncul juara. Ini kerana, kalau berlawan dengan Barca, ibarat menentang pasukan bola sepak kebangsaan Spanyol tau. Tengok la berapa ramai player kebangsaan diaorang dalam team Barca.

Alhamdulillah Barca tidak menghampakan penyokong-penyokong mereka pada malam ini. Sememangnya mereka telah membuktikan bahawa merekalah pasukan terbaik diplenet ini dan mampu menewaskan mana-mana pasukan pada ketika ini. Tahniah buat Barca.

Kalau korang nak tau, sebelum game tu habis ja, penyokong MU dah hilang dari restoran tadi, marah kot. Iyelah  5 awal game diaorang la yang menang sorak. Lepas tu diam terus. Takpa tahun depan ada lagi. Apa-apapun tahniah buat Barcelona kerana muncul Juara tahun ini dengan kemenangan 3 -1.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...