Pages

Wednesday, May 4, 2011

Keputusan UEFA Champions League - Barcelona vs Real Madrid 2nd Leg Semi Finals Result (04.05.2011)

2nd Leg 
Real Madrid vs Barcelona (H)
( 1 - 1 )
* Barcelona menang dengan agg 3 - 1
* Messi Messi Messi... dashat gila mamat ni

Akhirnya Barcelona berjaya memastikan mereka akan beraksi di final Liga Juara-juara buat tahun ini. Beraksi dihadapan peminat sendiri, pasukan barca beraksi cemerlang. Permainan yang sungguh cantik membuatkan Madrid menghadapi kesukaran bagi merapatkan jurang kelebihan 2 gol yang diperolehi Barca.

Pada minit ke 54, Pedro Rodriguez menambahkan lagi beban Madrid apabila menjaringkan gol bagi memastikan Barca terus mendahului. Walaupun Marcelo berjaya menjaringkan gol pada minit ke 64, namun benteng pertahanan Barca sangat gagah untuk ditembusi lagi selepas itu.

Tamat 90 minit, Madrid dan Barca mencatatkan keputusan seri 1 sama buat perlawanan kedua ini. Walaubagaimanapun Barca layak ke pusingan akhir setelah mendahului Madrid dengan aggregate 3 -1. Selepas ini kita nantikan antara Schalke 04 dan Manchester United, siapakah yang bakal menentang Barca pada final nanti?


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...