Pages

Saturday, May 28, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 9 - Kumpulan Balas Tersingkir

Persaingan minggu ke sembilan Maharaja Lawak makin sengit. Semua peserta yang tinggal seperti Kumpulan Jambu, Jozan, R2, Balas, Sepah dan Nabil, masing-masing adalah peserta terbaik yang masih bersaing. Namun harus diingat, hanya seorang sahaja yang bakal keluar dengan menyarung mahkota sebagai Maharaja.


Setelah Man selaku juara Raja Lawak terbaru yang tersingkir pada minggu lalu, segalanya bagaikan sudah boleh diagak apabila kumpulan Balas pula yang telah diundi untuk tersengkir pada minggu ini. Ini dapat dilihat pada setiap kali undian ditutup, nasib peserta yang mendapat undian tiga terendah sememangnya jarang berubah.

Pada minggu ini, peserta yang turut diumum kepentas bersama kumpulan Balas adalah R2  dan Sepah. Tetapi adakah R2 akan tersingkir buat kali kedua pada minggu hadapan? Diumumkan juga bahawa persaingan Maharaja Lawak akan dilanjutkan 3 minggu lagi dimana pada minggu hadapan, persaingan akan diadakan di Stadium Pisa Pulau Pinang.

2 comments:

Unknown said... BALAS

aiseyman terlepas nk tgk

Tuan Penasihat said... BALAS

@khairul takpa khairul kalau terlepas. nanti ada la tu yg download. nak senang cari kat youtube jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...