Pages

Tuesday, May 31, 2011

PROTON bakal masuk Poland

Konglomerat minat edar kereta nasional, Lotus ke Eropah

JENAMA Proton semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa apabila sebuah konglomerat Poland, Marvipol SA berminat untuk mengedarkan kereta nasional itu di negara berkenaan.

Selain kenderaan PROTON, syarikat pengedaran kenderaan terbesar di Poland yang memiliki hak pengedaran rasmi jenama Land Rover, Jaguar, Aston Martin dan Caterham itu, turut berminat mengimport model keluaran Group Lotus plc.
Jika menjadi kenyataan, beberapa model terpilih PROTON dan Lotus bakal memasuki pasaran negara yang sedang berkembang pesat di kalangan negara Eropah itu, tahun depan.
Mengikut sumber, Proton dan Marvipol sedang dalam peringkat rundingan awal berhubung perkara itu.

“Marvipol sudah menyatakan minat kepada PROTON untuk menjadi pengedar eksklusif kenderaan Proton dan Lotus di Poland. Kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan dan ia masih lagi pada peringkat awal.

“Jika tiada aral melintang, pengurusan PROTON dijangka mengusulkan rancangan ini (mengeksport kenderaan PROTOn dan Lotus ke Poland) kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan secepat mungkin supaya kumpulan pertama (kereta PROTON dan Lotus) dapat dieksport tahun depan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata, model kereta PROTON dan Lotus yang akan dieksport ke Poland masih belum dimuktamadkan, namun difahamkan, antara model berpotensi ialah Exora, Satria Neo, Persona serta kereta global pertamanya, Emas.
Model Lotus pula Lotus adalah Esprit, Elan, Elite, Eterne dan Elise.

Pengurusan PROTON gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan itu.

Namun, penganalisis automotif berkata, jika rundingan antara Proton dan Marvipol itu dimuktamadkan, ia meletakkan PROTON dalam landasan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi satu jenama global yang dapat diterima baik di pasaran antarabangsa.

“Syarikat yang ditubuhkan pada 1985 itu dilihat makin matang dan ia kini lebih bersedia menumpukan kepada pasaran antarabangsa berbanding pasaran domestik,” katanya sambil menambah langkah pengembangan pasaran eksport PROTON itu juga seiring perubahan landskap industri permotoran global yang menuntut pengeluar kereta nasional itu menetapkan hala tuju baru untuk terus kekal berdaya saing.

Ketika ini kira-kira 70 peratus daripada kereta PROTON dijual di pasaran domestik dan antara 20 peratus hingga 25 peratus dieksport.

Selain pasaran Asia Tenggara, antara negara yang sudah diterokai PROTON termasuk Iran, China, Mesir dan India tidak lama lagi.

Sumber Berita Harian Online.

9 comments:

blog-tips-kurus said... BALAS

Proton to Poland? wow!!
syabas Tuan Syed & the team. :-)

qasehraihan said... BALAS

wowww...
saya bangga pakai proton..haha

hai tuan, lama xdatang cni..sori..
bz kejar penghutang xbayar utang..

tau sapa penghutang tu??huh

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html

rafina mimi abdullah said... BALAS

tp,betul ke kereta proton ni kalau accident sikit,kesannya jadi besar? tak macam kereta buatan negara luar..

Eddy Ahmad said... BALAS

terbaikk la :)

Unknown said... BALAS

p poland tukar nama apa lak ?

Tuan Penasihat said... BALAS

@blog-tips-kurus ya betul. tahniah buat mereka dan proton.

Tuan Penasihat said... BALAS

@qasehraihan TP pun pakai proton gak.
sapa penghutang tu?
dia ada hutang kat TP gak tak?

Tuan Penasihat said... BALAS

@Mrs.Yie ni yg susah sikit TP nak jawab ni. kalau model yg dah lama tu mungkin kot. tapi model baru ni dah banyak gak la dia improve.
Tapi kereta TP dah dekat 20thn steady jer lagi.

Tuan Penasihat said... BALAS

@khairul masih mantain nama proton kot. cuma nama model jer bertukar biasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...